Sunday, February 19, 2017

SuTah, Yukgaejang & Kimchi Ramen

Assalamualaikum

Secara peribadinya, aku bukan jenis yang suka makan maggi dan memang bukan jenis yang beli maggi. Walaupun tak ada makanan tengah lapar ke aku sanggup makan benda lain. Mungkin sebab dah diajar macam tu tapi ada masa kalau aku teringin nak makan, aku akan beli jugak. Tapi sejak ada ramen dari Korea, aku turut kalah sebab pengaruh drama korea terus rasa nak cuba. ^-^

Haritu pergi Tesco ada nampak ramen korea ini dijual satu satu bukan sepaket banyak. Satu tu dalam Rm3 lebih terus grab 3 perisa sebab nak cuba, so kat sini aku nak share rasanya berdasarkan tekak aku..


# SU TAH RAMEN


Mula mula macam tak nak beli su tah ramen ini sebab tak pernah dengar tapi bila nampak kat packaging ada tulis Chew Chewy, terus rasa nak ambil. Memang tak menyesal ambil sebab dalam tiga tiga ramen yang aku cuba, Ramen Su Tah yang paling sedap sekali sebab pedas sangat even aku letak cili api pun terus buang cili. Sedap tau su tah ni, ramen dia pun tak kembang macam maggi kita dan memang kenyal berbanding ramen lain. Rempah pun rasa dan sedap.


# KIMCHI RAMEN


Ceh dengar ramen kimchi rasa macam kena try saja kan. Aku punya semangat nak makan ramen kimchi ni tapi bila rasa, hampehnya lah rasa tak macam kita bayangkan. Tak tau lah celah mana rasa kimchi. Rasa ramen ini memang tak pedas langsung sampaikan aku kena taruk cili baru boleh makan. Ada rasa masam masam kimchi, tapi memang tak kenalah dengan tekak aku. Bila makan kimchi yang memang kimchi tu sedap jugalah dari ramen kimchi.


# YUKGAEJANG RAMEN


Ramen Yukgaejang ini sedap bagi aku rempahnya ada rasa beef sikit dan memang pedas. Kadang kadang bila makan ada rasa macam maggi kari sikit tapi yukgaejang lagi sedaplah. Tapi yang paling best bila makan ramen korea ini adalah portion dia lagi banyak dari maggi kita kan.
Thanks for Read. Pen off ☺

Saturday, February 18, 2017

Koleksi Buku Kegemaran III

Assalamualaikum

Membaca antara hobi yang aku minat tapi dah lama dah tak sempat nak buka buku. So azam tahun baru memang dah azam nak baca buku time weekend, sebab tak nak dah keluar time weekend. Fikir nak berehat saja kat rumah. So ini antara buku yang aku dah baca dan tengah baca untuk tahun ni.




# SEMUSIM DI BARZAKH

Bagi aku buku ni memang patut dibaca untuk makanan rohani kita supaya hati kita tak hitam. Bila baca buku ini dengan menghayati setiap bait perkataan, akan membuatkan air mata menitis tanpa sedar kerana takutnya seksaan di akhirat kelak. Cerita ini tentang seorang lelaki yang sesat dalam dunianya tapi dalam masa yang sama Allah berikan hidayah kepadanya dengan cara dia jatuh dan koma selama 3 bulan, sepanjang koma memang dia diberi peluang untuk merasa secebis pengalaman di barzakh.


# TOUGH CALLS FROM THE CORNER OFFICE

Buku ini diberi oleh supervisor aku sebelum dia berpindah ke tempat kerja baru. Buku ini katanya antara buku yang dia gemar dan buku ini juga diberi oleh mentor dia. Salah satu sebab dia bagi buku ini untuk aku lebih bersedia dengan cara handle masalah dan cara membuat keputusan disamping untuk memperbaiki english aku. Buku ini mempunyai banyak cerita dan tips yang dikongsikan oleh ceo company luar negara yang berpengaruh seperti Ford, dan lain lain. Buku ini lebih kepada dunia korporat dan sampai sekarang aku masih struggle untuk habiskan bacaan. Agak mencabar juga penulisannya since ini buku oversea tapi menarik ceritanya.


# MURAKAMI

Colorless Tsukuru Tazaki ini aku dapat daripada kawan aku sempena gift exchange, kebetulan aku memang suka membaca dan kami tukar tukar hadiah antara colleagues sempena Christmas dan dapat pula ke aku hadiah berupa buku ini. Buku ini antara salah satu favourite book kawanku. Murakami ini ada banyak siri dan berkisarkan mengenai kehidupan Tsukuri Tazaki dan kawan kawannya dan konflik disebalik persahabatan mereka 5 orang. Punca konflik merekan berlarutan selama berbelas tahun dan akhirnya terjawab apabila Tsukuri membawa diri ke Finland. Honestly cerita ini mula mula memang bosan dan imagination tapi bila dah masuk part konflik, itu yang best. Hah ye dan cerita ini based on true story.


# APOKALIPS

Cerita ini rasanya ramai yang dah bacakan tapi aku baru saja baca. Nak dibandingkan dengan Diagnosis dan Diagnosis 2 aku rasa siri kali ini paling menarik dan menyentuh hati berkisarkan pengalaman doktor doktor yang diarahkan untuk berkhidmat di klinik/hospital di Terengganu, Kelantan dan Pahang disebabkan tragedi banjir besar yang berlaku pada akhir 2014 yang merupakan banjir terburuk yang pernah melanda Malaysia. Pelbagai cabaran dan rintangan yang harus dilakukan oleh kakitangan perubatan demi menyelamatkan mangsa banjir. Ada juga part yang aku menitis air mata bila seorang ayah sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anaknya yang dibawa arus sungai.
Ok pen off. Have a nice weekend ☺

Friday, February 10, 2017

Pengalaman Interview XIV

Assalamualaikum

Bulan lepas aku ada apply Management Trainee Public Bank kat Jobstreet then minggu lepas dapat panggilan temuduga pada Selasa lepas. Aku pun tak sangka layak ke untuk temuduga lagi sebab ini kali kedua aku apply untuk jawatan ini haha. Kali ini interview berbeza sikit konsep daripada aku pergi dulu dua tahun lepas dalam entri ini. Panel ada dua orang dan tak lama pun menunggu sebab banyak bilik.

Antara soalan yang ditanya lebih straightforward dan detail, tak ada ditanya tell me about yourself.

(1) What did you do in your previous job?

Interviewer tanya apa yang aku buat daripada aku praktikal, kerja part time semua sampailah kerja sekarang.


(2) Graduation date

(3) Job location preferences

(4) Department preferences




(5) What do you know about recruitment?

Dia tanya soalan ini sebab aku ada mention pasal recruitment ini salah satu bidang yang aku teringin nak cuba apart of training development


(6) What is work life balance?

Sebelum interview, kami dikehendaki menanda rating daripada 1-10 tentang apa yang kita tekankan bila bekerja contoh environment, benefit dan lain lain. Aku jawab first yang penting ialah work life balance. 

Erm lepas tu mulalah dok gaduh nak cari apa yang nak dijawab bila ditanya.


(7) Own transportation?

Soalan wajib ditanya bila pergi interview mana mana company. ^-^
Pen off. Thanks for Read ☺