Monday, July 25, 2011

z00 taiping

bulan lepas lepas dulu kami keluarga pergi penang,baru lepas pergi kenduri,kami singgah la zoo taiping..zoo taiping kan besar dan macam macam jenis haiwan ada..
mahal jugalah bayaran nak masuk..dewasa 12 ringgit..kanak kanak 8,orang tua 10..aq pon dah tak berapa ingat..
tapi masa nak beli tiket,orang kaunter tu akan tanya dari mana,kalau korang jawab dari perak,korang akan dapat bayaran 8 ringgit masuk..maybe local dia bagi murah..
take a notes ok..
aq tak kena sebab kami jawab kami dari pahang,..pak  saudara aq yang kena sebab dia kata dia dari perak..

zoo taiping

kucing..besar macam harimau

landak..teringin nak cabut duri dia buat penunjuk quran..
 aq rasa nak saja buat buat bagi dia rasa terancam sebab nak tengok landak terbangkan duri dia macam cerita zoo...huhu

lupa ni menatang apa..species beruk kot
 lepas kami tengah meronda ronda..kami jalan kaki,tak naik trak dia pon sebab nak tengok puas puaslah kononnya,rupa rupanya hujan lebat gila,lama pula tu,,kami terus berteduh kat rumah ular,,tengok tengoklah..
besar betul ularnya..

lepas tu balik,masa on the way nak keluar area zoo taiping,tiba tiba kereta buat hal,.ayah aq parkingla kat tepi  tasik,mujur petang..
lama jugalah..maybe batery kot..nak tunggu trak penunda memang lama gila..mujur sebelah tasik,tempat otang jogging..

sempat lagi ayah makan 

disinilah kereta rosak..mujur tempat ok
mak..belakang tasik
tapi memang cantiklah zoo taiping dan night safari..kalau ada rezeki nak cubalah pergi malam pula..haiwan haiwan yang aq tak pernah jumpa,aq jumpa semua..ada aq jumpa ikan macam naga...
cantik sangat..babi pon banyak..jumpa zebra..
tapi tak dapat nak tangkap semua sebab hujan satu lagi gambar jauhla..

masa kereta kena angkut dengan trak tunda,,aq first time naik trak tu dengan abang aq..orang india drivernya..haha..mak ayah aq dok dalam kereta..