Wednesday, August 31, 2011

rayas main dishes

harini masih di kampung..sedang menanti kedatangan orang pinang singgah di kampung..erm laparnya..tak sarapan lagi..

 malam sebelum raya..pakai inai..sepupu sepupu kami ramai kecik kecik..dioranglah yang eksitednya dan dioranglah yang pakai..aq tak join..siapa yang kreatif,kat atas ni hasil tangan kakak aq..

 macam biasa nasi arab lah menu utama kami waktu raya..selama ni aq selalu post entri pasal nasi arab tapi tak pernah pon tunjuk gambar kan..nilah nasi arab..makan bertalam..kalau makan dalam pinggan tak rasa ukhwah..lagipon tak payah basuh pinggan banyak banyak..
pagi raya leepas subuh,orang masjid datang rumah sebab ada tahlil untuk arwah wan aq..habis tahlil,hidangla..lepas tu baru kami saudara mara makan sama sama..then,solat raya..lepas tu ramailah orang datang beraya..tak putus putus..biasalah kampung..siapa yang datang lambat memang tak dapat merasa nasi arab sebab dah tak cukup..

petang sikit barulah tetamu beransur kurang..kamipon pergilah beraya..ok selamat hari raya..

selamat hari raya...kena wish banyak kali,barulah rasa suasana raya