Sunday, September 25, 2011

teringinnya...semua benda nak

kenapalah kalau kita berpuasa,masa tu jugala kita teringin makan semua benda sampaikan rendang yang dah basi yang dah buang dalam tong sampah time raya hari tu pon aq rasa macam ruginya aq tak habiskan rendang tu dulu..kan dah membazir..tak puas raya lagilah..mana taknya raya ke 5 dah kena daftar u..warghh
biasalah tu semua benda perlukan pengorbanan kalau nak berjaya..tengah tengah menaip ni,tiba tiba terpandang biskut raya dan kerepek raya yang mak dan tok aq bekal kan untuk aq before daftar..masih ada lagi..tak termakan biskut dan kerepek tu..
tapi bagi aq even tak sedap mana pon aq mesti habiskan juga sebab aq takut aq menyesal kemudian hari..biasalah benda depan mata kita tak pandang,nanti esok esok mulalah mencari...walaupun biskut raya tu dah tak rasa apa dah sebab bercampur campur tapi aq bantai saja..cicah dengan air,lagi sedap...

sedapnya
suka sangat makan ikan..kami adik beradik memang suka makan ikan..kami makan ikan seorang 2 ekor..sebab tu mak memang goreng ikan seorang dua..cukup cukuplah,,,kalau ikan yang goreng garing,wah sedap macam keropok saja makan...

 aq last makan ikan goreng seingat aq masa pak cik aq nikah..gambar ni masa selesai makan masakan kampung..tu bersinar sinar muka perut kenyang..tapi sejak kena beli sendiri makanan ni,aq lebih suka makan benda yang segera contoh nasi goreng,mi goreng,..nak jimatlah katakan..lagipon seringgit saja..


aq dalam banyak banyak kuah,,aq suka makan kuah berair..sebab aq suka menghirup kuah tu..contohnya asam pedas,singgang,semua jenis sup...kuah bersantan pon aq suka tapi tak sangatlah sebab tak boleh nak hirup..kadang kadang aq kenyang sebab perut penuh dengan kuah air..
nak nak kalau asam pedas tu masam dan pedas gila,,memang sedap..lepas tu mulalah sakit perut..aq kalau masak asam pedas,suka sangat letak asam keping banyak banyak lepas tu biar masak lama dengan api perlahan sebab nak bagi dia masam...

erm nak buka puasa dengan apa ya hari ni..semalam roti..malas la nak turun bawah beli..selamat berhujung minggu semua

3 comments:

AINI CHE DIN said...

tiba2 teringin nk rasa ikan yg mak masak..nak balik kampung..huaaaaa

EyqaLuvender said...

huhuhu..terliur tgk mknn tuh...ta mkn ag neyh...

ima said...

alamak, sedapnya ikan bakar~ terliur.....