Saturday, December 3, 2011

morning with 1 malaysia dance

selamat tengah hari semua..akhirnya selesai juga tarian satu malaysia yang kami training setiap malam yang berlangsung di dataran merdeka bermula pukul 6 pagi sampai 10 setengah...peserta lebih kurang 16 ribu orang yang menjayakannya dari beberapa institusi pendidikan..ini kali ketiga tarian satu malaysia diadakan dan dirasmikan oleh bini pm kita..kami utm cuma hantar 4 bas peserta..ramailah..

banyak jenis tarian yang dipersembahkan oleh kami peserta antaranya opening,zapin,cina,india,siam,sabah,sarawak,orang asli,kuda kepang dan 1 malaysia..sebenarnya tak adalah menari sangat tapi lebih kepada aerobik..bagus tau untuk mengeluarkan peluh..

 memang colourful gila dataran merdeka..baju berwarna warni..tapi kami dapat satu set semua hijau antaranya beg,botol air,tuala,topi,baju,sijil,kad peserta..hijau kan melambangkan nature..


breakfast
pagi tadi kami hanya dibekalkan dua roti gardenia dan sebotol air sebagai sarapan..tapi aq dengan kawan aq masih tak kenyang dan nasib baiklah ada van milo dan honey star..apalagi beratur la nak makan..alhamdulillah kenyang..tapi kami masih tak puas hati kenapalah tak sediakan makanan berat sikit..huhu

 kami menari dua kali..first sebagai warm up..second menari bersama datin rosmah..dan datin rosmah datang pakai baju t shirt biru..sempat lagi beliau berpolitik..huhu

kolam
 kami lepak disini rasa macam dekat salji sebab ada gas air dari pokok pokok yang tergantung dekat atas turun dekat bawah..dapatlah menghilangkan panas..

 selepas habis tarian,ada cabutan bertuah memang confirm takkan dapat luckydraw tu sebab hadiah 2o  saja,pesertanya 16 ribu..huhu dan diselang selikan dengan persembahan artis antaranya zamani,arora dan ada lagi..tapi aq tak kenal lah siapa arora tu..pakaian dia kurang sesuai..ada ke dia pakai skirt sedangkan event melambangkan riadah bukannya nak pergi parti..


aq tak sempat nak ambil belon yang dilepaskan banyak sempena meraikan perasmian tarian satu malaysia..cuma dapat pinjam belon kawan then ambil gambar konon konon belon sendiri...


view pada waktu 6.30 pagi
 malam tadi kami mandikan kawan kami sempena birthday nya dengan air sabun+maggi+kopi..lencun dia..haha siapa suruh dorang mandikan aq dengan bedak time birthday aq semalam...fair..
done..ok nak solat zohor..tahun depan kalau ada rezeki nak join lagilah..

1 comment:

noname said...

Acu, tarian Malaysian tu sempena sambutan ape ye?