Tuesday, February 14, 2012

usr rewang

assalamualaikum..selamat tengah hari..
jumaat lepas selepas tamatnya khidmat pendidikan di sekolah,kami dikehendaki bersiap siap,menolong nolong untuk kenduri yang bakal diadakan sabtu esoknya untuk meraikan aspirasi serta majlis penutupan aman kampus di pahang sebelum bertolaknya mereka ke negeri terengganu..peserta peserta usr dan penduduk panching bersama sama menjayakannya..antara hidangan yang disediakan ialah ayam masak merah,gulai kawah daging,asam pedas keladi..
asam pedas keladi yang paling aq suka tapi sayang ramai kawan kawan aq tak makan sebab tak biasa..belum lagi gulai pisang,umbut,masak lemak nangka,rebung,nenas ikan masin..yummy..!!

inilah first time aq rewang dengan penduduk panching..tak tahulah betul ke tak eja..sebab penduduk kampung panggil rewang..sebelum ni pernah rewang bersama sama dengan kawan kawan sekolah saja dan famili terdekat..maklumlah sekarang kenduri guna katering saja..huhu

memotong daging



memang tak menang tangan buat kerja diselang selikan pula dengan hiruk pikuk penduduk panching..memang mencuit hati..pisau memang tak cukup sampaikan pisau lipat dekat kedai laku orang beli..



kanopi kanopi
memang tak cukup tempat duduk..dan ada sebilangan yang terpaksa makan di dalam dewan..lagipon dalam dewan lagi selesa kan..

peserta aman kampus yang terdiri daripada ipta dan ipts


majlis ini dirasmikan oleh YB Dato hj Abd Manan Bin Ismail..ahli parlimen paya besar..masjlis ini berakhir pada pukul 3 petang..selepas itu acara sukaneka pula..malam nya free dan famili angkat bawa kami pergi makan di tanjung lumpur dan bersiar siar di teluk cempedak sampai pukul 1 pagi..
tapi malam tu mood tak berapa nak ada sebab kami diserang radiasi perut yang menyebabkan kami ulang alik ke tandas,,haha..aq lah orang first kena radiasi..
done..gambar di tc masih belum sampai di tanganku..

2 comments:

Stokis Raja Bio said...

Kat Panching diorang guna 'rewang' gak ye rupanya. Jenuh la makan seafood kat Tanjung Lumpur tu. Nanti ajak la diorang bawak ke Taman Gelora pulak. :-)

Anum said...

wow bestnya