Friday, March 16, 2012

sharing tips on friday

assalamualaikum selamat tengah hari..
jumaat hari ni tak ada kelas,,plan nak balik semalam tapi bila fikir balik,tak ada mood nak balik sebab aq dah balik dah minggu lepas so malas nak bazir duit beli tiket..habiskan weekend di bilik..baru lepas keluar wangsa walk tadi just nak habiskan baucar cuku yang tinggal 50..memandangkan dah nak end of march better habiskan..  

nak story pasal mengantuk since aq tengah rajin..mengantuk,bosan dengan student memang tak dapat dipisahkan terutamanya kalau dapat pula tenaga pengajar yang alahai sopannya suara..tapi nak tak nak kena dengar juga apa yang disampaikan..sekarang pula kat uni ni,ada pula kelas straight 3 jam..alahai..

aq start tidur dalam kelas semenjak form 1,,biasalah baru first time duduk asrama so memang letihla..kalau ada masa terluang memang manfaatkan dengan tidur..tapi tak pernah la sampai drooling..then bila fikir balik bukan ada faedah pon kalau tidur dalam kelas,so aq buat benda yang dapat mengurangkan mengantuk atau bosan..

1.memanfaatkan kegunaan tangan..

superhero hasil kebosanan
kalau aq rasa mengantuk,aq akan menconteng atau melukis memandangkan sekitar tangan aq ni memang banyak mole,,menandakan aq memang suka menconteng..kadang kadang dapat juga mengasah bakat kreativiti aq yang tiba tiba terpancul time bosan..
satu lagi,,suruhla kawan sebelah urut tangan kita supaya hilang mengantuk..

2.ajuk cakap lecturer..

kalau dah tahap maksimun sangat,pandang mulut lecturer then ajuk apa yang dia cakap..tapi janganlah kuat kuat..

3.gunakan rongga badan..

maksudnya minum air putih,makan gula gula...sebab tu as a student seharusnya setiap sorang ada botol air putih..banyak kegunaan air..boleh lap mata kalau malas pergi bilik air ke..
my bottle since darjah 6 till now..

4.minta keluar

last step aq kalau slepy,minta keluar then pergilah buat senaman sikit ..jalan jalan sikit,,tapi jangan lama lama sangat..5 minit la paling ok.. 
done..nilah yang selama aq buat sepanjang belajar..and its working..lagipon malulah dah besar besar takkan nak tidur lagikan..ok selamat belajar..

4 comments:

Anum said...

bestnya kalau pandai melukis nie

fasha amira said...

hahahaah..aku dok slalu tido dlm kels..bukn pe merehatkan mata..
kekekekek...

Yasmin Aris II said...

klu still ngantok gak ?? hihi

hanna aleeya said...

assalamualaikum.. nice tip.. hanna kalau ngantuk, ajuk cakap cikgu.. terus hilng ngantuk tu

psst.. hanna jalan-jalan kat sini.. salam ukhwah.. :)