Wednesday, May 30, 2012

kesilapan umum sekitar solat

assalamualaikum..
minggu ni minggu 15,minggu last belajar...then,study week.. perkongsian untuk sama sama kita perbaiki..

“Akan datang satu masa atas manusia, di mana mereka mengerjakan solat, yang sebenarnya mereka tidak mengerjakan solat!” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.” (Hadis riwayat Imam Thabrani)

antara kesilapan umum sekitar solat yang biasa kita lakukan..

1)Solat tanpa ilmu

'ilmu itu tidak bermanfaat kecuali disertai dengan amal yang pada gilirannya mereka meremehkan ilmu pengetahuan dan enggan mencarinya."

Ibarat orang yang berjalan di dalam gelap. Seorang membawa bekal sebuah lampu suluh. Manakala seorang lagi berjalan dalam kegelapan tanpa membawa bekal lampu suluh.

Orang yang solat dengan bekal ilmu yang ada padanya samalah seperti orang yang berjalan dalam gelap yang membawa bekal sebuah lampu suluh. Tentu orang ini akan sampai ke tempat tujuannya.

Sebaliknya, orang yang solat tanpa ilmu, dia diibaratkan seperti orang yang berjalan dalam gelap tanpa membawa bekal lampu suluh. Maka berjalanlah dia selama-lamanya dalam kegelapan itu! Sampai kiamatpun, dia tidak akan sampai ke tempat tujuan, sebabnya dia akan teraba-raba dalam kegelapannya itu. Begitulah perbandingan orang yang ‘solat dengan ilmu’,
dengan ‘orang yang solat tanpa ilmu’

2)Tidak memerhatikan kesempurnaan wudhu’

“Sungguh umatku kelak akan datang pada hari kiamat dalam keadaan (muka dan kedua tangannya) kemilau bercahaya kerana bekas wudhuk. Kerananya, barangsiapa dari kalian yang mampu memperbanyak kemilau cahayanya, hendaklah dia melakukannya (dengan memperlebar basuhan wudhuknya)” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja. Malah ramai di kalangan kita tidak mengetahui ilmu berwudhuk dengan sebenar-benarnya. Apa yang fardhu dan apa pula yang menjadi sunnahnya. Kesempurnaan solat bermula daripada kesempurnaan wudhuk!

3)Memakai pakaian bergambar atau sejadah bergambar

Janganlah sekali-kali kita solat dengan memakai pakaian yang bergambar. Para ulama’ memakruhkannya. Begitu juga dengan sejadah yang bergambar.
Bukankah kita disunatkan memandang ke tempat sujud ketika solat. Maka sudah tentulah, pemandangan yang kita lihat adalah gambar-gambar yang ada pada sejadah tempat kita sujud. Dan ini tentunya mengganggu kekhusyukan solat kita.

Sebaik-baiknya tempat sujud hendaklah berwarna putih sahaja tanpa adanya sebarang gambar!

4)Mata tidak mengarah ke tempat sujud

Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ada setengah orang, matanya memandang orang lalu lalang. Perbuatan ini tidaklah sampai membatalkan solat tetapi bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.


5)Membaca fatihah dengan cepat

Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.
Perlu diingatkan fatihah adalah salah satu rukun solat,jika tidak sempurna bacaan dan tajwidnya,maka batallah solatnya.

6)Tidak melakukan thuma’ninah dengan sempurna

Solat ekspres! Inilah kesilapan yang paling ramai dilakukan. Ramai di kalangan kita yang mengerjakan solat tidak memberi perhatian yang sewajarnya terhadap “thuma’ninah”. Malah ada di kalangan imam jema’ah juga tidak menyempurnakan “thuma’ninah” ini

. “Thuma’ninah” adalah salah satu rukun solat. Apabila kita tidak mengerjakan rukun solat, maka hukumnya solat kita jadi tidak sah. Solat tanpa “thuma’ninah” tidak akan diterima Allah Ta’ala.

7)Hidung dan dahi tidak menyentuh tempat sujud

“Tidak sah solatnya orang yang tidak menyentuhkan hidungnya ke
tanah (tempat sujud), sebagaimana ia menyentuhkan dahinya. (Hadis riwayat Imam Daraquthni dan Hakim)

"Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota;
kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua
tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Hadis Muttafaqun Alaih).

8)Tidak ambil kesempatan berdoa ketika sujud

Alangkah ruginya orang yang memendekkan atau mempercepatkan sujudnya. Ini kerana ketika sujud, kita digalakkan berdo’a kerana jarak yang paling dekat antara hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud. Kesempatan berdo’a ketika sujud, adalah ruang berdo’a yang paling afdhal dan segera dimakbulkan Allah Subhanahuwa Ta’ala.

9)Melintas dihadapan orang yang sedang solat

Ramai di kalangan kita berasa seolah-olah tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Ia dianggap remeh oleh kebanyakan orang.

Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40…….daripada harus melintas di hadapannya. Abu Nadhar berkata: Aku tidak tahu apakah Rasulullah SAW mengatakan 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim


10)Tidak khusyuk ketika solat

Sebaiknya kita kerjakan solat pada saat betul-betul sudah siap mental dan jiwa untuk meninggalkan segala urusan duniawi. Jika sudah disajikan makan, maka makanlah terlebih dahulu. Lebih baik makan sambil ingat solat, daripada solat sambil mengingatkan makan!

Begitu mula takbir, seolah-olah kita katakan selamat tinggal diriku, selamat tinggal hawa nafsuku, selamat tinggal keluargaku, selamat tinggal duniaku. Kini aku sedang menuju kepada jalan Allah. Aku sedang menemui-Nya.

"Bila kamu solat, jadikanlah itu seolah-seolah solatnya orang yang mengucapkan selamat tinggal." (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, Imam
Hakim dan Imam Baihaqi)

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan?” (Surah Maryam: Ayat 59)

7 comments:

PutriesNoora said...

good information...alhamdulillah=)

Prettywrite said...

memang betul banyak kesilapan masa solat..tme kasih kongsi ilmu acu :)

amirul ilham said...

nice blog ....good blog....blogwalking come back

IFA Athirah said...

wudhuk tu yg pnting gak.kalo x amik wudhuk dgn fokus, time solat pn jd x fokus.

baby boo said...

thanx atas perkongsian ^_^

umUMRA said...

thanx :)

Sayidah Nafisah Ruslan said...

time sembahyang lah saya nak fikir macam2. time biasa2 tak mau fikir pulak. susah betul saya nak khusyuk ni.. huhu