Wednesday, June 27, 2012

my instinct

Assalamualaikum.. (entri mode jakon) 

Dulu time sekolah aq teringin sangat nak pergi ibu kota Malaysia, kuala lumpur..aq nak lihat sendiri kecantikan dan kemegahan bangunan bangunan yang tegak meninggi di sana seperti yang dicerita ceritakan oleh kawan kawanku time sekolah..

Time form 3,dapat juga aq pergi kl atas sebab mewakili negeri Pahang dalam pertandingan kawad kaki di stadum bukit jalil..itupon just tengok sekali imbas pemandangan kl sebab kami hanya pergi 2 hari 1 malam dan tak sempat berjalan jalan…lepas pertandingan terus kena balik,sebab esoknya final exam..

Lepas tu aq just biarkan saja instinct ni berlalu pergi sampailah aq dapat tawaran UTM..time tu aq ingat dapat dekat JB,rupanya di KL.. time tulah aq start belajar naik lrt semua,pergi jalan jalan semua shopping mall, tasik tasik atas sebab aq nak melihat sendiri dan duit aq just keluar untuk bayar tambang lrt dan bukan berjoli joli..

klcc
Dulu nak sangat tengok klcc yang comel berkembar tu dan sejak duduk UTM KL,amik qa acu,setiap hari naik bas pergi kampus,terpampang pampang depan mata,tengoklah puas puas..bukan itu saja,nak pergi makan or beli makanan kat kafe pon,sambil cedok kuah dalam pinggan, mata boleh menjeling dekat bangunan klcc..

Hebat betul UTM KL yang terletak di tengah tengah bandaraya KL…bila aq dah pro belajar naik lrt,nak tukar stesyen dekat mana,nak masukkan token dekat mana,nak beli token macammana,,nak pergi sini nak amik hentian mana dan lain lain..tiba tiba kami pelajar degree yang sesat di UTM KL dikejutkan dengan berita perpindahanan ke kampus induk JB..

tasik 
UTM KL lebih kepada postgraduate, diploma dan certain course degree yang baru.. kami course degree yang lama memang kena pindah JB.. mula mula memang kami bangkang sebab kami dah biasa dengan pelajar KL yang sedikit dan boleh kenal semua orang..tapi bila terkenangkan lagu hijrah satu pengorbanan..kami redha..mungkin ada hikmah di sebaliknya,

mungkin lepas ni pointer maki makin naik,kami dapat rasa campus life dan mungkin juga kami dapat pergi USS..bagus juga pergi sana sebab sebelum ni famili jarang pergi sana,,bila aq duduk UTM KL,baru aq dapat menjejakkan kaki di johor sebab aq suka join program yang UTM JB anjurkan..aq pon tak pernah tahu sama ada aq ada tak saudara mara di sana..
ok..inilah gerak hati ku yang akhirnya dimakbulkan..luas berjalan luas pemandangan luas pengetahuan

6 comments:

Anum said...

suka kan gerak hati awk

Re'an Raihan said...

teringin nak masuk UTM, agak2 yg dua pointer lps masuk tak?hehe

..safwani.. said...

good luck in new place:)

Lukman Hakim said...

I like it,,
salam sukses :)

Alieza Dayasari said...

taman tasik titiwangsa... hmmm... Aek dok mana?

SM said...

utmkl ada bangunan baru, menggantikan bangunan lama yang boleh dilihat dari jalan semarak dan bangunan jabatan ukur kat sebelah. masa aku belajar kat situ lebih 10 tahun dulu tak nak pulak buat. ini bikin aku panas hati!