Saturday, June 9, 2012

perihal berblog

assalamualaikum selamat pagi

tengah nak ambil mood study sebab mengantuk sangat baca titas tadi..memang mencabar subjek titas  ni,siapa yang minat sejarah untungla..disebabkan musim study week tak pergi mana mana,asyik terperuk dalam bilik saja,,hari ni nak berkongsi sejarah saya berblog..

aq ni jenis yang suka simpan dalam hati saja,tak suka bagitahu orang lain,,tapi kalau asyik simpan dalam hati pon lama kelamaan memory exceed dan akan jadi gilalah aq nanti..so aq decided nak tulis diary sebagai medium aq menulis apa yang terlintas di hati..

aq ni memang suka menulis dan itu terbukti dengan kehadiran banyak tahi lalat di sekitar tanganku,, kalau menulis karangan memang panjang berjela jela la tapi tak pernah dapat full mark sebab tatabahasa teruk dan karangan tak berdasarkan soalan,maklumlah orang dah biasa tulis ayat tunggang langgang dalam diari..

lama kelamaan menulis menyampah juga sebab asyik asyik kena tukar pen sebab out of ink..so seiring dengan kecanggihan teknologi sekarang ni,aq pon create emel yahoo masa standard three guna nickname acuyuhan..acu ialah nama panggilan famili since aq anak bongsu,tapi kawan kawan pon panggil acu juga maybe sebab nama aq terlalu panjang..yuhan ialah nama akhir aq,shortform dari yuhana..

bermulalah akhir tahun form 4 aq start buat blog guna emel yahoo..then aq tukar guna emel gmail pula sebab blog guna rangkaian google.. 2008 start tulis satu entry,2009 stop sebab nak tumpukan spm + duduk hostel + tiba tiba terlupa pasal blog.. 2010 satu entry juga,,2011 la start aktif + rajin blogwalking disebabkan cuti lepas form 6 terlalu panjang till now..

kita kalau nak orang baca blog kita,kita kena rajin blogwalking,barulah orang tahu akan kewujudan blog kita ,,,satu lagi banyakkan friend network..

ok..

3 comments:

Adylia Qarissa said...

titas?? hehheee.. tak susah pon kan..kene paham jer :)

QA's ~ mamapapa said...

Uhuhu!akak dulu slalu dapat markah cukup mkn je tuk titas,ehehehe!

Yana Libra said...

tebal kot buku titas tu..huhu~ :p