Sunday, July 29, 2012

Cucur Badak

Assalamualaikum


Erm..dah macam blog masakan pulak aq rasa blog aq ni.. dah namanya bulan puasa aktiviti memang banyak buat kuih untuk buka puasa..yela kalau asyik nak beli saja,tak larat juga..kalau beli pon biasa beli murtabak la yang wajib... haritu kami buat cucur badak..


1) untuk membuat doh, boleh terus rebus ubi keledek sampai empuk..

2) masukkan bawang merah, serai, cabai kering, jintan manis, udang kering, serbuk kunyit ke dalam blender...kisar kemudian masukkan kelapa parut dan kisar sekali lagi.. lepas siap kisar masukkan ke dalam kuali ,masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula...

3) kacau sampai inti betul betul masak dan kering 

4) bila keledek betul betul empuk, tapiskan dan terus lenyek..campurkan sedikit air dan tepung gandum dan gaul sebati..jika adunan masih lagi lembik,masukkan sedikit tepung gandum lagi,,jangan terlalu banyak nanti keras.. kemudian uli bulat bulat supaya senang untuk masukkan inti..

5) bila nak bubuh inti, just tekan dan masukkan inti..diingatkan supaya semasa membuat doh ni sapukan minyak masak/ tepung gandum untuk mengelakkan ia dari melekat..








boleh juga buat cek mek molek sebab doh dia sama saja..just tukar inti cucur badak dengan gula saja.. tapi make sure doh kena tebal untuk cek mek molek supaya gula tak keluar time goreng.. sukatan ikut masing masing, kami buat banyak menggunakan 3 biji kelapa..so that lepas ni boleh buat pulut udang...
selamat hujung minggu...

3 comments:

sYiRa LoKMaN said...

awal2 pagi da terjah sini :P hehehe

Leeza dayasari [santai leeza] said...

waaaa... pandainya masak.. hebat!!

Shawn Razaleigh said...

tahu makan je :p