Sunday, July 15, 2012

for her

Assalamualaikum

Especially for NURUL WAAHIDA..Tiba tiba terdetik nak buat entri ni selepas baca hajar skmi buat entri untuk roommate dia..

tanggal 4 sept 2011… ingat tak sewaktu pertama kali kita jumpa, no wonderla kita jadi roommate sebab time pendaftaran aq dah terpandang kelibat qa.. time lepas pendaftaran tu,family aq dah balik dah kuantan sebab ayahku kerja esoknya but family qa tak balik lagi siap bawak qa pergi lunch dekat luar kan.then ingat tak aq siap pelawa qa makan kuih raya lagi sebab time tu aq lapar tak lunch,,and aq suka sangat bila qa amik jugak kuih aq..even kita baru jumpa time tu qa dah jaga hati aq..tq wa

then,time hari tu juga,,kita memang rushing nak on time nya sebab orientasi..kita tak makan pon makanan buffet yang disediakan,kita saja  yang selamba skip dinner then kita makan roti qa sama sama cicah air..time tu aq air nestum,qa air milo kan.. sampai kan ada member tegur whether kita dah lama kenal ke?padahal baru jumpa pagi tadi..tq for amazing dinner..

next,minggu lepas mtm,qa kena balik rumah kan sebab ada kenduri kesyukuran untuk adik qa dan tak  disangka sangka untuk qa juga kan…time tu aq dah gelabah sebab aq takut nak tidur sorang..dan masa tu tak kenal lagi toiletmate sebelah..nasib baik time tu aq dah kenal member qa,erna..so aq pon tidur dengan dia..sebab time tu aq tak rapat lagi dengan coursemate aq…gila baru seminggu dah tidur bilik orang kan..tq wa perkenal kan erna kepadaku..

at the same time,baru kita perasan yang kita berdua saja yang aras 2 ,coursemate kita masing masing semua aras 1.. time tulah kenal toiletmate ecah yang juga ex matrik sama dengan qa dan jijah,,so disebabkan qa selalu balik rumah,so mangsa untuk tumpang tidur kadang kadang jijah or erna… dan disebabkan qa selalu balik rumah,qa selalu bagi roti roti qa dekat aq maklumlah aq malas nak beli makanan kalau qa tak ada..tq wa for the breads..

time mtm kita dikehendaki pakai seluar slack tapi aq tak ada,dan qa sudi pinjamkan seluar slack qa dekat aq..aq ni memang menyusahkan baru kenal dah pandai pandai pinjam barang orang..aq segan sangat tapi terpaksa..dan tak dinafikan qa banyak sangat koleksi tudung dan macam macam warna tudung bawal dan qa sudi pinjamkan dekat aq.. even selipar jepun qa pon aq pinjam.. tq wa bagi pinjam barang qa..

dulu sem 1 kita selalu beli makan sama sama,makan atas lantai sama sama,pergi pasar sama sama, and time tulah aq baru tahu yang aq roommate dengan orang hebat since semua adik beradik qa belajar dekat oversea dan qa sorang saja perempuan dalam siblings qa dan aq pula sorang saja lelaki dalam siblings ku..no wonderla qa memang kuat study,stay up malam malam…tq bagi aq saingan supaya rajin study macam qa

masuk sem 2,kita memang tak ada masa nak beli makan sama sama sebab time tu kita dah rapat dengan coursemate masing masing..pergi dan balik kelas pon lain lain..tapi kita still kongsikan pendapat dan cerita masing masing kan..sebab tu aq suka roommate dengan orang yang lain course dengan aq sebab dapat ramai kawan dan cerita..tq sudi berkongsi dan mendengar cerita aq..


tadi tengok gambar dekat fon,aq baru perasan yang kita tak pernah pon ada gambar berdua bersama..kita just ada gambar bluetooth yang kita Bluetooth time sem 1 dulu..time tu aq nak try Bluetooth,so aq bluetooth pic aq kat qa dan qa sebaliknya..its ok,at least ada dari tak ada..satu lagi aq kerap makan nasi lemak kosong sebab aq malas nak pergi kafe..boleh katakan setiap hari nasi lemak aq makan sampaikan kesian qa kena bau nasi lemak..tq wa sebab qa tak allergic bau nasi lemak..

tiap tiap pagi time breakfast,macam macam bau ada..qa dengan nescafenya,aq dengan indocafenya..then,lepas qa mandi,mesti hidung aq segar bau perfume safi biru qa tu yang macam ubat batuk..wa,lepas ni qa tak dapat dah tengok roommate qa dengan krim dan bedak tompok tompok dekat muka dan losyen nivea pink dan qa nivea oren sebelum tidur..mesti macam zombie kan qa fikir..tq terima perangai aq seadanya..

bila time study week dan exam,,salah sorang antara kita mesti akan jaga bilik..mana taknya qa bangun tidur pukul 11 pagi dan stay up sampai 2 pagi..aq pula bangun tidur pukul 2 pagi dan stay up sampai pukul 10 malam baru tidur..qa memang rajin sapu sampah tak macam aq..ingat lagi qa siap pakai mask h1n1 lagi sapu sampah,baguslah qa ni..tq wa sebab rajin kemas bilik kita..

kalau bab basuh baju,memang qa rajin basuh baju setiap petang setiap hari.. aq pula selang 2 hari baru aq basuh setiap pagi..then aq jemur dari pagi sampai petang,lepas kering dan angkat qa pula dari petang sampai pagi..maklumlah kita kan jemur baju dalam bilik saja..tq coz saling memahami..

kemudian,qa banyak bagi tunjuk ajar dekat aq time nak amik lesen motor dan kereta..apa yang boleh apa yang tak boleh..qa bagi aq semangat masa aq fail test kereta haritu,dan akhirnya aq berjaya lulus kedua duanya..even time tu aq fed up sangat dengan exam dan test jpj..tq for inspiring me..

time aq habis exam 22 jun lepas,ikutkan hati nak saja terus balik ,tapi aq sengaja join program bakti siswa tu sebab aq nak tengok qa puas puas sebelum pindah nanti,,haha lagipon birthday qa nak dekat dah 29 jun..so aq tak tahu nak beli apa dekat qa sempena birthday dan perpisahan kita..jadi aq pon beli key chain kartoon jepun yang besar tu dan yang penting warna biru..sebab aq perasan barang barang qa banyak colour biru..tq wa sudi terima hadiah tu..dan tq for the mug..
ok jangan lupa aq ea..kita still UTM tapi KL dan JB saja yang beza..ok sorry for everything..

3 comments:

Gnie Syazni said...

nice friendship :)

Alieza Dayasari said...

persahabtan yang baik.. hubungan yg mesra.

esmahoneym esmile said...

singgah sini~ shoutbx xappear pape :( pls do fllow me back tq! nysanurisma.blogspot.com :D