Saturday, July 21, 2012

spoiled too much

assalamualaikum

untunglah budak sekolah boleh bawak fon ke sekolah..tapi pada pandangan aq lah,apa function bawak fon ke sekolah.. budak budak ni nak telefon sapa?nak mesej sapa?tak ke mempunyai fon satu kerugian yang akan meyebabkan bil api naik akibat charge,bazir duit habis ke top up komunikasi dengan orang tak penting..

budak sekolah menengah ada fon tahan lagilah sebab aq dulu time form 3 pon dah ada..tu pon ayah aq terpaksa beli fon untuk aq sebab bil telefon mak aq naik sebab aq guna...tapi kalau budak sekolah rendah ada fon,aq tak faham..sebab UPSR pon tak lepas lagi wei..

antara faktornya pon sebab kecanggihan teknologi ni menyebabkan budak budak sekolah pon dah ada ipad la,iphone la,fuiyo mengalahkan orang dewasa..asalkan pandai membahagikan masa dengan belajar dan gadget tak apalah..tapi berapa orang saja yang boleh...???

adik beradik aq kalau dah naik form 1 memang automatik akan dicampak ke asrama even dekat dengan rumah sekolah..so kalau dah kena campak ke asrama memang automatik tak boleh bawa fon dan akan menjadi manusia yang berdikari..tu yang bagusnya asrama..

dekat asrama,warden senang nak syak dorm mana yang bawak fon..kalau ada blackout dekat aras tu,memang confirm ada yang tengah charge handphone..kalau student yang duduk jauh saja boleh bawa,tupon kena bagi warden pegang..

time nak balik kampung.memang dari pagi kena cop giliran telefon awam sebab turn nak telefon mak ayah memang panjang ya amat..then,kalau duit syiling tak cukup terpaksalah pergi tukar dengan mak cik kantin or siapa siapa yang ada.. tapi sekarang dekat alam uni ni,duit syiling pula penting untuk washing machine...
bulan 4 last top up

disebabkan kerajaan dah luluskan penggunaan telefon bimbit untuk budak sekolah..so pelajar sekolah mestilah guna dengan sebaiknya..jangan berbual lama lama sebab kalau berbual lama lama memang confirm confirm bukan sembang dengan parents... 

since sekarang cuti sem,memang bertambah tambah malas nak topup,just mintak advance tupon kalau layak..hutang bertambah tambah...fon pon memang tak berbunyi bunyi, raya nanti bunyilah kot...

ok selamat berpuasa...

8 comments:

mizz RFL said...

sama la kita.. sgt2 x stuju ble dak2 skol leh bw phone ke skolah..
check my entry: http://jalanjatuhdanbangun.blogspot.com/2012/07/no-phone-please.html

miss she said...

sy pun tak setuju dgn kebenaran bawa tepon ni.. sekarang ni pun dah banyak prob, jangan la tambahkan beban cikgu lagi.. paling tak boleh tahan ada satu sms kat paper yang cakap cikgu jangan bising-bising pasal boleh bawa handpone ni, sebab tugas cikgu mengajar, mengajar dan mengajar.. biar menteri setel.. so kalau hilang, rasanya biar menteri setelkan jugak la kan.. huhuhu, dunia zaman sekarang..

DilaMilin said...

skrg ni budak2 bwk handphone kt sekolah nk menunjuk je. Bukan main lg ada handphone canggih2. Bila bwak pergi sekolah, handphone kena curi. Barulah nak menangis..sape yang susah? mak bapak jugak y susah. Jd gunalah handphone untuk text dan koling2 bila perlu sahaja..hehehe..nasihat utk y masih dibangku sekolah.. :)

ARIFF AL- BAQI said...

budak2 tua duk dlm kuliah pun sibuk layan ipad, tab, enset, ni kan pulak budak kecik.. haha

Leeza dayasari [santai leeza] said...

tak perlu pun HP di sek.. cikgu di sek masih boleh gerak dan berjalan utk panggil murid...
hmmmmm

farnas said...

saya pun tak setuju bw pon ke sekolah.....tapi mesti ada syarat yang pelajar perlu ikut...bukan sewenangnyer...jgn lupa follow saya...sy dah follow...bye...

acik oka said...

ops! dah kuatkuasa ke? Adoyai... Pupil should use this opportunity in right way, if this news is true...

mode: sgt risau...

Nabeel Fikree said...

@acik oka Belum lagi berkuatkuasa. Dengar khabar tahun depan.