Thursday, August 30, 2012

Mango Pickle

Assalamualaikum
  

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut 12 syawal hari ini... memandangkan dekat rumah banyak sangat mempelam/mangga muda yang diambil oleh mak.. so buatlah jeruk mangga.. disebabkan dah lama tak makan jeruk mangga, so dapatlah belajar buat, selama ni tahu makan saja.. kalau tak nak buat jeruk, boleh juga makan cicah colek/ rojak pon sedap.. bahan bahan just mempelam, garam dan gula

 mula mula mestilah macam biasa kupas kulit mangga...


  1. belah mangga kepada 2 bahagian
  2. potong mangga kecik kecik 
  3. basuh mangga untuk hilangkan getah buah kemudian sejat 
  4. rendam mangga dalam air panas sekejap dan sejat


lastly, masukkan 3 sudu besar garama dan 4 sudu besar gula.. kemudian gaul sampai gula dan garam sebati.. next masuk dalam bekas dan biarkan dalam peti sejuk selama 4 hari untuk sedap dan sejuk..
kalau tak cukup garam dan gula boleh tambah lagi


jangan tambah air sebab mangga itu sendiri akan keluarkan air.. boleh juga buat untuk buah buah lain seperti salak, kedondong dan lain lain... untuk hasil lebih sedap, sebelum letak garam dan gula boleh juga rendam mangga dalam air kapur untuk mangga lebih rangup.. ataupun boleh tambah cili padi diperap bersama untuk rasa lebih pedas..
selamat mencuba..jangan lupa baca yasin malam jumaat 

4 comments:

Anum said...

sedapnya
nyum2

izyantyPersonalTaste said...

dh kecur air liur dh nie he3...

Everything's Everythings said...

Woaahh Jeruk mangga.. kalau letak kuah rojak sedap ni ;P

Fikri said...

Lama tak makan jeruk ni. Tp xleh mkn byk2 la nt skt perut. :D