Tuesday, September 25, 2012

kitaran hidup

assalamualaikum

benar kata pepatah luas berjalan banyak pemandangan.. perkara ini akan berlaku dalam kehidupan misalnya banyak melancong, banyak pengalaman, itupon kalau berkemampuan la..

senang cerita ambil contoh paling dekat..time kita primary school, mostly kawan kawan kita semua dari satu tempat..jarangla rumah jauh dari sekolah..yang beza hanya nombor rumah dan lorong..dan kawan kawan semua boleh dikatakan jiran kita.. masa sekolah rendahla, kita cuma tahu tempat kita saja yang ada dekat bumi ni..

masuk secondary school, barulah kita biasanya akan dihantar ke hostel dan duduk jauh tapi masih dalam daerah yang sama... time tu barulah kita tahu akan kewujudan tempat tempat lain dalam daerah kuantan misalnya lepar hilir, bukit goh, bukit sagu, panching , dll.. time tu barulah otak kita ni berkembang selari dengan pembelajaran geografi time form 3..

then, masa form 6 pula..tiba tiba kita dicampakkan ke daerah lain dalam pahang.. masuk masuk bilik, tiba tiba rasa macam makhluk asing sebab satu benda dorang cakap kita tak faham langsung.. lepas seminggu di sana, barulah kita mengakui yang daerah dalam pahang ni banyak dan mempunyai dialek tersendiri eg koi, kome, oak dll..

next, masuk ipta.. tercampak pula ke negeri lain jauh ke selatan.. dan tiba tiba otak ni mengalami mind shock akibat terserempak dengan manusia yang selain benua asia.., berkesempatan untuk mengenali cara hidup foreigner student yang belajar di sini.. terus kita meyakini banyak negara dalam bumi ni.. bertentangan dengan pandangan kita time primary school..

conclusionnya, belajar la jauh jauh,,tak payah nak duduk bawah ketiak parents sangat.. 
semalam first time pergi airport senai,,hantar kawan balik..urgent..

3 comments:

Lelaki Ini said...

setuju! belajar oversea lagi byk dapat belajar ttg orang lain!

Anum said...

agree

sitiinajihah said...

Betul2 :D