Sunday, October 14, 2012

Caring Voice : Sukaneka

assalamualaikum

kalau korang masih ingat lagi kami bermalam bersama anak anak yatim di entri ini dulu, kali ni kami diberi tugasan untuk mengelolai sukaneka bersama mereka pula di taman sutera JB..kami seramai 17 orang dan mereka yang berpuluh puluh orang..

antara aktiviti yang kami jalankan ialah isi air dalam botol, cari gula gula dalam tepung, susun buta,bawa bola dalam sudu,baling belon air dan macam macam lagi.. kami bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 11 pagi..

aktiviti sukaneka

akhirnya selesai sukaneka
selepas berakhirnya sukaneka, kami dikehendaki untuk join sekali aktiviti treasure hunt yang dihandle oleh staff ar rayyan..treasure hunt yang sangat diingati sampai bila bila disebabkan kami sering mendapat denda..

antara denda yang dikenakan:
  • diconteng muka dengan masker tepung dan kiwi kasut.. (pedih kot sampai ada blusher di pipi)
  • cari syiling 5 sen dalam baldi yang berisi air longkang+ air telur + air sinki..
  • menari oppa gangnam style..
  • gigit jarum dan muka dibaling dengan belon air sampai pecah
  • again, cari syling 5 sen dalam baldi air longkang+ air telur + air sinki..
  • again, menari oppa gangnam style
  • makan biskut kering tawar hebeh sebanyak 15 keping.. (last last sorok dalam beg)
  • last sekali, tentulah satu badan lencun mandi hujan akibat lambat sampai

pengalaman yang sangat best dan akan diingati..then, kami salin baju , solat zohor, lunch dan balik pada pukul 3.3o petang.. last last semua kumpulan tak menang , kumpulan yang lagi lambat dari kami pula yang menang.. haha padan muka semua.. 

malam semalam pula selepas sukaneka di pagi sabtu, kami semua makan sungguh sungguhnya di jamuan megaraya anjuran kolej kami.. antara makanan ialah lontong, soto, mihun sup, mi kari, roti jala, nasi impit, nasi goreng , pencuci mulut dll..

alhamdulillah kenyang semalam..dan pagi ni insyAllah kami nak pergi melakukan kerja amal dengan menderma darah sempena fesko 49 UTM..tahniah untuk semua graduan UTM..
k..esok finance test.. mak ayah doakan acu..

2 comments:

Cik bunga mawar said...

bagusnya ada aktiviti mcm tu :)

Angah said...

good luck for your test