Tuesday, December 25, 2012

g.o.l.d. & u.n.i.q.u.e.

assalamualaikum

alhamdulillah baru sampai rumah selepas penat berjalan 3 hari ke utara.. kalau ikutkan lama lagi nak balik rumah, tapi disebabkan dapat berita bahawa banjir di kuantan terus siap siap balik.. alhamdulillah rumah selamat..

hari ni tiba tiba nak cerita pasal gold.. as we know, emas memang tak dapat dipisahkan dengan perempuan.. at least mesti ada sepasang emas yang dipakai oleh anak perempuan kan.. dulu pernah dipakaikan subang emas, tapi sejak insiden kehilangan subang emas di sekolah, terus tak ada emas dah..



untungla tengok kawan kawan dihiaskan subang emas, rantai emas, gelang dan cincin emas terutamanya tunggal perempuan.. kalau parents yang lebih kemampuan, baby girl pon dah dihiaskan satu set perhiasan emas.. entah entah kalau boleh, lepas scan dapat tahu baby girl mesti dah siapkan emas dan bila keluar terus pakaikan sebelum baby diazankan.. tak gitu??

bagi aq, emas hanya kehendak.. nasib baik family kami tak manjakan kami dengan perhiasan. tak lah bazir duit ke situ.. nak nak family aq ramai perempuan.. sebab kami tahu kami akan dapat juga emas bila kami kahwin nanti.. lagipon emas ni penting untuk penyimpanan masa hadapan, maklumlah harga emas makin naik.

disebabkan aq tak nak jadi mangsa ragut atau mangsa kehilangan anggota badan sebabkan emas, so better tak payah pakai dan just pakai perhiasan yang simple dan unik.. aq suka benda yang unik dan lain dari yang lain.. sebab benda yang unik nilah orang akan ingat kita..

kalau pergi kedai perhiasan yang biasa biasa pon, tak rasa nak berhias.. yang aq pakai pon hanyalah pemberian saudara mara, nak jaga hati sebab kadang kadang terasa malu juga bila tangan kosong tak macam orang lain.. lama lama dah terbiasa pakai..
ok.. next week exam.. good luck semua..

4 comments:

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Mmg unik... Mampu ker nk dpt ni?? Heee

Farina Hunny said...

kecik-II dulu pakai rantai emas . main punya pasal , buka campak dalam longkang . haha

Pena said...

betul. kadang2x rasa x selamat pakai emas.. lebih selesa dgn perhiasan yg biasa2x ni.. =)

AzLiN SaFeNa AzIhAR said...

salam...menariknya blog u ni... feel free visit my blog.. www.azlinsafena.com tq