Monday, December 3, 2012

picnic 021212

assalamualaikum

2 disember semalam hari lahir aq.. time tengah malam bufday aq, kawan kawan semua bagi kad ucapan dan sebiji cupcake siap lilin yang comel sambil menyanyi bufday song .. terima kasih kawan kawan.. then lepas tu tidur nyenyak..

cupcake and card wishes
selepas picnic sebelum ni di kl,,akhirnya terlaksana jugak picnic kami di jb.. plan nak buat sabtu tapi ada exam so terpaksa dianjak esoknya..lagi suka sebab time bufday aq..memandangkan UTM banyak tasik, so decide picnic dekat tasik uni saja nak jimat kos..

so lepas solat asar kami pergi picnic sampailah maghrib...yang bestnya angsa dan ayam turkey pon join sekali picnic kami..

view of lake
mula mula yang join cuma 7 orang saja, so picnic lah kami sambil memandang dua pasang pengantin yang malu malu sedang berphotoshoot di area tasik..

then tengah syok feeling. tiba tiba terdengar orang menyanyikan lagu bufday sambil membawa kek dan pizza.. rupa rupanya ramai classmates yang datang surprise..bufday ni kami celebrate 4 orang sekali sebab bufday kami dekat dekat..

tak tahu pulak classmate sambut sekali dengan bufday kami, sebab kami just diberitahu untuk picnic semata mata..hehe

our picnic + bufday
hidangan yang kami makan time picnic antaranya roti sardin, snacks, nata de coco, kek , dan pizza.. memang sangat kenyang dan seronok.. serius dah lama tak makan pizza hut.. dan kek tu sangat sedap.. 

bila fikir balik , memang tak logik sebab orang datang tasik nak turunkan berat badan, nak buang lemak.. tapi kami pula datang berkelah nak tambahkan berat badan dan tambah lemak..

alhamdulillah nasib baik cuaca ok, tak hujan..maklum lah jb selalu hujan petang petang..then lepas makan makan semua, macam biasalah bergambar kenangan di tepi tasik.. then lepas tu lapar balik..

last sekali kek tak habis and tinggal lah bahagian kek yang ada nama ku..nak ucapkan selamat hari lahir buat ti, fila, k.suha dan of course me ..semoga apa yang diimpikan tercapai dan dirahmati Nya..insyAllah panjang umur kita sambut ramai ramai lagi ea..

lepas tu, malam pulak kami lepak di bilik ti and fila sebab dorang dua ni roomate dan berkongsi bufday yang sama 28 november ,untuk copy semua gambar gambar tadi..dan dapat hadiah dari kawan kawan..terima kasih ea.. dah lama kot tak dapat hadiah..

my present..
terima kasih mak ayah yang ingat ucap bufday anak bongsumu ini walaupun jauh di selatan,, buat akaks and abang yang wish bufday adik comelmu ini walaupun sibuk dengan family dan commitment lain..

terima kasih untuk classmate yang sudi sambut bufday kami sekali 4 orang, memang menjadi surprise korang..dan tak lupa untuk yang mengenali diri ini ea..
ok lepas ni nak enjoy 7 hari free mesej and call..

6 comments:

miss jijie said...

huwaaaa kek itu nampak sedap cgt2!

prog muten said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Angah said...

hepy belated besday Acu...

heartdazzled said...

happy belated birthday dear.. sorry lambat wish. hehe .. May Allah bless you always ,,

Outbound Malang said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Kita semua selalu dihadapkan pada ribuan kesempatan emas yang tersamarkan dengan baik oleh kesulitan.

black paper said...

waa,,seronoknye die !