Wednesday, January 23, 2013

sem break : terengganu

assalamualaikum

alhamdulillah sampai rumah setelah seminggu memghabiskan cuti sem di terengganu dan kelantan.. memandangkan classmate major terengganu so tempat tinggal dan makan minum semuanya di rumah kawan, amat menjimatkan dan dapat merasa pergi rumah member..

mula mula kami pergi panching rumah keluarga angkat bermalam satu malam dan petang esoknya terus ke dungun dan seterusnya ke kuala terengganu, besut dan pasir mas..

alhamdulillah sepanjang kami pergi berjalan, cuaca ok, tak hujan sangat dan cuma berangin kuat.. 

pantai batu burok
dekat pantai batu burok, kami makan sotong celup tepung, keropok dan abc sambil menikmati angin pantai sepoi sepoi bahasa.. then pergi pasar payang... 


esoknya, kami pergi muzium terengganu.. bayaran cuma rm5 sekali masuk.. cantik dan besar sangat muzium terengganu..




 seterusnya, kami pergi masjid kristal, taman tamadun islam, dan unisza.. walaupun dah pernah pergi sebelum ini bersama famili, tapi kali ini lagi best sebab bersama kawan kawan terutamanya bagi kawan kami yang tinggal di bahau, n9..


buah tangan ganu
dan akhirnya keropok segera menjadi pilihan untuk dibawa pulang ke rumah.. terengganu memang unik terutamanya dari segi binaan bangunan dan banyak sangat tugu kapal di sekitar jalan.. 
jom mari mari visit teregganu 2013

1 comment:

the tempo of life said...

saya org ganu ! :D muzium ngan masjid kristal tu dekat je dgn umah tok saya . muzium bayar rm5 ekk? dah lama tak pergi. selalu pergi dgn family je, so taktau la berapa bayar, hehe.

TTI tu bape ek bayar? sy pergi masa free dulu2 je. sejak kena bayar nih tak pernah pergi dahh