Friday, February 1, 2013

Bengkang Ubi Kayu

Assalamualaikum

Memandangkan aq masih dalam cuti sem, so manfaatkan masa dengan belajar masak dengan mak.. kali ni mak ajar buat bengkang ubi kayu.. dah lama dah nak buat bengkang tapi tak ada santan.. so terpaksa postpone niat dan akhirnya dapatlah buat bingka @ bengkang ubi kayu.. bengkang yang kami buat ni ialah bengkang kesihatan untuk menyahut seruan kerajaan supaya AMALKAN PEMAKANAN SIHAT..  say NO to egg, white sugar, vanilla extract, yellow dye and margarine.. 




bahan yang kami gunakan cuma 3 batang ubi kayu, 1 paket santan segera, garam, 250 g gula merah dan sedikit marjerin untuk disapu di periuk..





1) mula mula masak gula merah sampai gula betul betul hancur.. lepas tu tapis gula merah supaya pasir atau bendasing lain dibuang..

2) mesin / parut ubi kayu hingga hancur.. tapis ubi kayu yang dimesin / diparut supaya airnya dibuang..

3) setelah ubi kayu ditapis, campurkan dengan santan , garam secukup rasa dan gula merah yang dimasak tadi.. gaul rata..

4) tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disapu dengan majerin (supaya tak melekat)..


kami tak guna oven..so masak diatas api perlahan lebih kurang sejam..tetapi perlu dialih kedudukan selang setengah jam supaya adunan masak sekata..







so, dah siap.. bengkang kami warna perang disebabkan kami guna gula merah..  bengkang ni kami jadikan supper untuk makan bersama keluarga..yummy.. untuk hasil yang lebih sedap, masukkan sekali dengan kelapa parut..
so trylah bengkang ni yang amat sesuai untuk pesakit diabetes.. ^_^

2 comments:

zaxx said...

wow..cenggini rupanya buat bengkang ubi.. xrumit pun sebenarnya ye..:) leh la try nnti..:)

BlueiceButterfly said...

sangat suka..hehe sedap2 :)