Sunday, February 17, 2013

Gulai Ikan Keli

Assalamualaikum


Permulaan sem baru yang sangat lengang diikuti dengan hujan berpanjangan.. masa banyak dihabiskan menonton drama korea.. cuti sem lepas, berkesempatan belajar masak kari lemak ikan keli.. so memandangkan waktu tu rumah kami banyak ubi kayu so jadilah kari lemak ikan keli ubi kayu.. lebih kurang sama dengan masak kari, yang bezanya kari lemak ni tak tumis..


bahan bahannya cuma 1 paket rempah kari ikan, 1 bungkus santan, bawang merah dan putih yang dikisar, garam kunyit secukup rasa, 3 keping asam keping, daun kari, ikan keli dan ubi kayu..




mula mula rebus ubi kayu sampai empuk.. (suka sangat ubi kayu, kalau makan saja pon dah sedap).. 





1) masukkan rempah kari, garam kunyit, asam keping, bawang kisar..

2) masukkan air ikut citarasa

3) masukkan santan

4) masukkan ikan keli dan daun kari .. biarkan sampai mendidih.. last sekali, masukkan ubi kayu yang direbus tadi dan biarkan mendidih seketika.. then siap..


ada setengah orang panggil gulai ikan keli, tapi kami panggil kari lemak.. jangan lupa masukkan daun kari sebab semasa masak ni, terlupa nak bubuh daun kari..
selamat berhujung minggu...hari ni nak keluar.. 

1 comment:

Ummiarissa Mahdi said...

okay...saya tak pernah lagi masak cam ni...mungkin boleh dicuba kan..