Saturday, February 2, 2013

Lepat Ubi Kayu

Assalamualaikum

Ini bukan blog masakan iya.. tapi blog yang mengisahkan tentang aktiviti aq terutamanya sebagai anak semasa suti semesterku.. kali ni nak kongsi cara buat lepat ubi kayu.. memandangkan acuan bengkang ubi kayu (entri ini) yang kami buat masih banyak lebihan.. dan banyak sangat daun pisang yang baru dibeli dalam peti ais.. so decided nak buat lepat ubi kayu..




bahan bahan yang diperlukan cumalah santan, gula merah dan ubi kayu..


bahan bahan nya sama saja dengan bingka ubi kayu cuma yang beza lepat, masak secara kukus.. dan guna daun pisang.. 



1) mula mula masak gula merah sampai gula betul betul hancur.. lepas tu tapis gula merah supaya pasir atau bendasing lain dibuang..

2) mesin / parut ubi kayu hingga hancur.. tapis ubi kayu yang dimesin / diparut supaya airnya dibuang..

3) setelah ubi kayu ditapis, campurkan dengan santan , garam secukup rasa dan gula merah yang dimasak tadi.. gaul rata..

so dah siap dah acuannya..sekarang cara nak lipat daun pisang..




1) sebelum gunting daun pisang, kita kena panaskan daun pisang dulu atas api..tujuannya untuk melembutkan daun pisang supaya senang dilipat dan tidak mudak koyak.. boleh juga celur daun pisang dalam air panas..

2) sebelum bungkus, didihkan air dan panaskan pengukus dahulu.. gunting daun pisang ke bentuk segi empat panjang..letakkan acuan lebih kurang 2 sudu besar ke atas daun pisang..

3) lipat dengan teliti daun pisang yang siap diisi .. supaya acuan tidak tertumpah / terkeluar..

4) susun di atas pengukus ..kukus diatas api kuat lebih kurang 20 minit



ok dah siap..honestly kalau dibandingkang bingka dan lepat..aq lebih suka lepat sebab rasanya lebih lembut dan wangi daun pisang..
selamat mencuba..

3 comments:

Sabihah said...

suke kuih ni tapi tak penah buat..sbbnye takut tak jd..hihihihi

Azee Hana said...

kat rumah saya jarang buat kuih ni,,selalu beli je..senang,,semua malas nak buat..haha

BlueiceButterfly said...

lama dah tak buat sebab nak makannya satu dua ja..hehe :)