Sunday, February 10, 2013

Pengat Durian

Assalamualaikum

Memandangkan musim durian yang lalu membuahkan banyak sangat durian di kebun tok, dan menyebabkan peti ais tak cukup ruang untuk diisi.. jadi pengat durian adalah salah satu cara untuk menggunakan durian yang sedia ada.. selain itu,boleh juga dibuat sambal tempoyak sebagai makanan sampingan.. memang bertambah tambah sedap makan dengan nasi..




dah lama nak belajar pengat / serawa durian ni..rupanya senang saja.. bahan bahan hanyalah 

1 biji kelapa (santan), 100g gula melaka (ikut manis sendiri), air, 3 helai daun pandan, garam, dan durian..  





1) mula mula masak gula melaka sampai mendidih dan cair, tapis dan asingkan..

2) letakkan beberapa ulas durian dalam periuk (ikut citarasa)

3) masukkan gula melaka yang dimasak tadi..

4) masukkan santan

5) masukkan sedikit air (ikut citarasa)

6) masukkan garam secukup rasa, biarkan ia mendidih dan masukkan daun pandan yang diikat untuk menaikkan bau..




p/s lepas tutup api, kena kacau sedikit untuk mengelakkan daripada santan pecah minyak.. kalau pecah minyak, tak sedap.. 
kalau bukan penggemar durian, boleh juga gantikan durian dengan pisang, ubi kayu dan lain lain.. cara masih sama..

2 comments:

cik nana said...

sedapnya pengat durian dah lama tak makan. pengat pisang pengat ubi pun sedapppp..

miss fluffy said...

nyum nyum...>,<