Thursday, February 28, 2013

riadah + birthday

assalamualaikum

sudah menjadi kebiasaan kami di awal awal sem ni memang akan beriadah tiap petang disebabkan assignment masih belum belambak lagi.. so kami plan nak sambut besday kawan kawan kami yang tak dapat nak celebrate time cuti sem lepas since ramai lahir bulan 2..

ikutkan plan nak buat dekat tasik tapi disebabkan jauh dan malas so tukar ke padang bola.. dapat juga tukar angin menyambut hari lahir di court..


kami sambut enam orang sekali dan kawan kawan yang tak berkaitan acting seolah olah tak ada apa yang berlaku dan main macam biasa..


dalam masa yang sama aq dan 3 memberku perlahan lahan membawa kek, roti dan air ke padang bola.. dan  nyanyi " happy birthday " ramai ramai bila sampai di court.. dan muka muka yang keletihan terus bertukar menjadi keriangan..

then aktiviti bermain bola terus automatik bertukar kepada aktiviti menyelek muka dengan krim dan mecurah air oren ke kepala especially birthday gurl.. habis satu badan bau krim susu dan melekit lekit.. dah lama tak main dengan krim kek..



see!! sangatlah beza appearances sebelum makan dan amatlah comot selepas berakhirnya aktiviti makan makan kek dan pulang ke kolej masing masing untuk membersihkan diri dan solat maghrib..

best sangat tengok kawan kawan gembira tambah tambah lagi apabila sem ni sesetengah kami berbeza seksyen dan agak kurang spent time together tak macam dulu..
ok lepas ni kelas pukul 4 nak present english..

2 comments:

Aqilah Amin said...

Ohhh seronoknya sambut bday dgn kawan :') Remind me of the old days zaman asrama. Good luck for the new semester :)

Harith Iskandar said...

happy birthday utk dia :)