Sunday, March 24, 2013

Jay Bee & Kay El

assalamualaikum

sedar tak sedar rupanya dah hampir setahun kami menyambung pengajian di UTM JB berbanding di UTM KL sebelum ini.. masih lagi rasa macam ada gap antara budak JB dan budak KL even classmate.. contohnya budak mana tu??.. budak KL tula.. setiap kali kami mention dari UTM kl, mesti mindset dorang akan terus ke oo.. diploma ea dulu?? 

haha penat kami nak explain satu satu sebab tak semua faham, kami dulu pon bila dapat surat tawaran dari UTM, terus excited dapat sambung dekat JB, tapi bila tengok balik tempat rupanya pendaftaran di UTM international campus.. oo wujud rupanya UTM KL..

ramai orang hanya tahu UTM kl hanyalah untuk diploma, and post graduate padahal hakikatnya masih ada lagi sarjana muda disana contohnya reka cipta industri dan courses under new faculty Malaysian Japanesse International Institute Technology (MJIIT)..

setakat ini, aq rasa banyak sangat perbandingan antara dua tempat yang aq pernah belajar antaranya..

1) saving

betul sejak belajar di johor, aq rasa aq makin jadi seorang yang jimat disebabkan johor tak ada LRT macam kl yang memudahkan orang bergerak setiap masa untuk ke bandar.. kalau dulu, setiap minggu mesti keluar, tak keluar pon jalan jalan habiskan 0.70 sen naik LRT pergi wangsa maju dari sri rampai.. tak pon, menghabiskan duit dengan turun di setiap hentian.. 

2) cozy and calm

environment di kolej pon lebih tenang dan jauh dari pekikan orang ramai.. sangat sesuai untuk buat revision malam malam.. kalau dulu KL, mesti malam malam dengar order apa bang? asam boi satu.. dan pekikan penduduk flat.. disebabkan dekat dengan kedai makan dulu, dalam seminggu mesti akan makan di flat berbanding kafe.. 

3) independent

yup kami lebih jadi seorang yang berdiri atas kaki sendiri since lecturer kami akan menyuruh kami cari sendiri maklumat dan presentkan.. sebab selama ini di KL, kami hanya tunggu lecturer bagi, suap dan makan disebabkan kuantiti yang sedikit.. kantoi pulak

4) involvement

disebabkan kuantiti pelajar di JB memang jauh banyak berbanding KL, so kami dikehendaki untuk bersaing dengan melibatkan diri ke dalam program yang dianjurkan kolej dan uni untuk mendapat kuota pengetua.. so tak ada masalah untuk join sebab nasib baik kolej aq berada di tengah tengah pusat, tak adalah jauh sangat nak berjalan kalau tak ada bas.. 

5) active

saya semakin aktif untuk beriadah since dekat sini banyak kemudahan, court dan tasik tasik.. inilah yang sebenarnya dinamakan real campus life.. dan kawan kawan pon semakin bertambah selaras dengan untuk mengeratkan lagi ukhwah fillah antara saudara islam..
ok.. thanks for read.. 

3 comments:

shu said...

i love UTM :)

Suspek Utama said...

ntahnya..kwn aku pun buat degree kt UTM KL..ada ja degree situ..

Miss Jie said...

kak acuyuhan! haii... :) nice blog