Wednesday, March 20, 2013

meal style

assalamualaikum

tiba tiba terdetik nak buat comparison between cara makan di rumah dan di kolej memandangkan aq baru lepas menghabiskan weekend lepas di rumah.. makanan dan minuman kegemaran aq apabila di rumah dan di asrama memang berbeza.. contohnya makanan minuman kegemaran akan di makan di rumah tapi makanan minuman yang tak suka akan di makan di asrama.. 

Itu adalah tabiat aq untuk mendisiplinkan diri supaya makanan dan minuman yang aq tak suka sangat akan bertahan lebih lama dan makanan yang disukai cuma boleh makan di rumah contohnya: 

1) Meggi 

As we knew, meggi dengan asrama memang tak dapat dipisahkan.. seolah olah menjadi makanan wajib dibeli apabila kita tiba tiba berasa lapar or malas nak turun beli makan.. aq suka meggi, tapi aq akan elakkan beli meggi dekat asrama kecualilah kalau aq teringin sangat barulah pau dekat roommate.. bukan apa dikhuatiri aq akan terus habiskan sebungkus dalam masa 2 hari especially meggi ISTANBUL AKU DATANG (asam laksa).. yummy.. 

2) Milo 

Milo dah lama menjadi pilihan kanak kanak dan remaja including me.. disebabkan milo itu sedaplah, aq tak akan beli untuk asrama malah aq akan gantikan dengan Nescafe, nestum atau oat yang kurang digemari.. so aq hanya akan minum milo sebulan sekali since aq balik rumah sebulan sekali.. 


3) Cookies 

Suka sangat biskut manis manis terutamanya chipsmore, oreo, lexus dan lain lain.. tapi sayangnya tidak akan menjadi pilihanku untuk dibawa pulang ke kolej otherelse aq akan gantikan dengan biskut kering, biskut gula, biskut sayur dan marie.. 


4) Daging 

Ok.. habis sudah pasal kudapan, sekarang masuk pula bahagian nasi.. dirumah sudah menjadi kebiasaan mak kita akan masak pelbagai jenis lauk dan daging.. tapi bila saja di asrama, automatic aq akan memilih untuk mengambil telur @ tauhu @ sayur sebagai ganti kepada daging.. untuk diet yang sihat.. cause dekat rumah tak boleh control makan sebab air tangan mak.. 

Salah satu sebab utama aq elak dari beli makanan yang disukai ialah aq ni jenis yang tak boleh tengok benda sedap, kalau boleh nak terus habiskan time tu.. jika tak habiskan, aq tak boleh buat kerja lain sebab mind set aq akan automatic set ke makanan itu.. so daripada mengganggu my revision, better tak payah beli langsung kan.. 
Ok.. sekadar perkongsian mengenai cara aq di rumah dan di kolej.. korang pula macam mana cara makan di rumah dan asrama??sama atau beza

3 comments:

DilaMilin said...

eh samelah..kite pun suka yang indocafe n cereal tu..coffee mix tu mmg wajib beli..nk buat mata tahan mengantuk nk study nnti..hehehe.. :)

DilaMilin said...
This comment has been removed by the author.
harumanvee said...

assalamualaikum ... good ! kamu dah lulus ... lulus dlm kawal kehendak diri ... boleh jimat duit tuh