Sunday, April 14, 2013

GOP Puncak : Taman Safari & Ladang Teh


Assalamualaikum


Sambungan entri lepas ke Jakarta, hari kedua kami terus kemas kemas bertolak ke Puncak.. Puncak lebih kurang macam Cameron dan Genting sebab di sana ada Taman Safari Indonesia dan banyak ladang teh semua... seriously Taman Safari sangat besar dan banyak sangat aktiviti boleh dilakukan..














bayaran sekali masuk Rp2oo,ooo bersamaan RM75.. memang berbaloi sangat masuk.. mula mula kami masuk zoo.. first time aq masuk zoo naik kenderaan sambil boleh bagi suap sendiri  satwa.. satwa bermaksud haiwan.. sebelum sampai ke safari, memang ada menjual baby carrot dan pisang untuk dibagi makan ke satwa.. best sangat rasa macam suap budak kecik.. last last pisang tak habis, kami yang telan...haha


pengunjung dilarang sama sekali untuk turun dari mobil, dikhuatiri takut diserang satwa berbahaya.. masuk dalam safari, jammed sebab semua kenderaan dihalang oleh satwa.. van dan kereta kami diserbu oleh banyak haiwan.. comel sangat haiwan haiwan tu.. dalam safari ini, haiwan karnivor dan herbivor diasing.. then, kami masuk tempat harimau dan singa. first time macam tu saja lalu sebelah harimau dan singa.. siap lambai lambai tangan lagi.. 


lepas melawat zoo, kami masuk pula Baby Zoo..baby zoo menempatkan haiwan haiwan kecil seperti burung, ular, dan lain lain..  didalam baby zoo ini juga ada menempatkan bangunan bangunan bersejarah .. lepas penat merapatkan silaturrahim dengan para satwa, kami mengisi perut tengahhari di kafe safari makan nasi dengan ayam...kering tanpa kuah..


lepas tu, kami sambung adventure kami dengan tengok tiger show, elephant show, cowboy show dan dolphin show.. suka sangat sangat tengok show sebab selama ini tengok dalam tv saja,, sekarang dapat tengok sendiri kepandaian haiwan dan kehebatan coachernya.. rupanya baru aq tahu,, ada 3 cara untuk menunggang gajah antaranya melalui belalai, kaki depan dan kaki belakang.. dan gajah gajah ni sangat pandai melukis dan berlakon..


 masuk tengok cowboy show pakaian kering saja, tapi lepas habis cowboy show terus basah sikit pakaian disebabkan kami duduk agak depan so banyak kena simbah air dengan para pelakon.. huhu. disini terdapat juga Safari Waterpark dan Safari Funfair.. time kami pergi memang ramai pelancong..






lepas Taman Safari, kami pergi Ladang Teh.. bayaran masuk hanyalah Rp2ooo seorang bersamaan Rmo.5o .. lepas penat mendaki sampai ke puncak ladang teh, terus dinner di Rindu Alam Puncak Pass makan nasi timbel.. lepas makan kami menginap di Villa Kota Bunga.. sangat besar dan selesa.. kenangan yang tak dapat dilupakan.. satu lagi cuaca dekat puncak agak dingin sedikit.. kalau korang berkesempatan untuk pergi Indonesia, jangan lupa ke Taman Safari Indonesia.. seriously best dan letih..
to be continued...thanks for read

6 comments:

luqman zakaria said...

kalau mcm nih..memang berbaloilah byr 75 ringgit..best kot!

UniMeOw said...

bestnyeeee!!!!
nak peluk baby rimau!! :D

Harith Iskandar said...

wahhh jauhnyer dia berjalan :)

Condoriano said...

Wahhh it's a bit expensive but this kind of experience is really amazing.
Malaysia should also make a Safari theme park like this.

Nina Hamdan said...

Saya pernah pergi di Surabaya punya.. seronookkan! oh boleh la pergi ke puncak this june ni :)
http://misznina17.blogspot.com/2012/10/surabaya-indonesia-day-2-part-1-taman.html

Khalilah said...

Ni yang tetiba rasa nak cuti gak je... :(