Saturday, May 25, 2013

Lip Balm

Assalamualaikum 

Dah lama tak dapat nak online, disebabkan wifi di kolej ditutup sementara.. inipon terpaksa pergi ke center kolej untuk online,dahla sekarang ini dah start study week memang sangat sangat memerlukan internet untuk submit assignment yang kena baiki.. 

Berbalik kepada tajuk di atas, apa kaitan aq dengan lip balm? Ceritanya begini selasa lepas aq pergilah menemani kawanku pergi ke hospital haiwan disebabkan hamsternya sakit, so alang alang memang nak beli barang barang aq yang sudah kehabisan.. 

So pukul 6.3o petang tu memang member semua dah siap, kecuali aq saja yang lambat.. tak tahulah kenapa tiba tiba terlambat pulak.. so punyalah rushing bersiap siap sebab tak nak buat kawan tertunggu tunggu,lagipon takut jammed petang petang sebab appointment dengan doctor haiwan tu pukul 8 malam… 

Nasib sempat sambar compact powder and lip balm saja nak pakai lepas maghrib nanti, sebab aq ni jenis yang mesti pakai lip balm, sebab bibir kering… nak dijadikan cerita maghrib tu kami singgahla solat di masjid Al Jawahir.. lepas siap siap solat maghrib tu, macam biasa orang perempuan mestila sapu sapu bedak dulu.. 

So pakailah aq compact powder.. then, masa nak pakai lip balm tu, dengan eksitednya aq pergi bawak keluar lip balm aq tu.. tapi tiba tiba aq terdetik “apesal lip balm aq panjang pulak “.. belek punya belek rupanya aq hampir sapu highlight colour pink ke bibir aq.. nasib baik perasan, kalau tak memang pink bibir aq..

any similarities?

Nasib baik time aq nak pakai “lip balm” tu, tak ada orang perasan.. kalau tak, tak tahu nak respon apa..itulah akibatnya bila tengah rushing, lepas tu pulak time aq sambar lip balm tu, aq tak pakai spek mata lagi.. highlight pula sama warna dengan lip balm, both pink color.. memang padanla.. 

So,bila fikir balik apalah motif bawak highlight pergi keluar.. kalau bawak pen, tahan lagi.. nasib baik kawan aq tak kelebek kelebek beg aq, tak tahu nak bagi alasan apa kalau ditanya..

kawan kawan aq ramai bela haiwan antaranya hamster, geli aq nak pegang sebab aq lagi suka kucing.. ikan, kura kura.. disebabkan area uni aq ni banyak kedai binatang.. kalau ikutkan aq, nak saja bela kucing tapi takut pula kalau kucing tu nanti nak makan hamster, kura kura, ikan… 
kesimpulannya, jangan rushing rushing ya..

1 comment:

Alia Laila said...

Ok, ni kelakar. Hahaha xD