Friday, June 14, 2013

Unexpected thing II

Assalamualaikum selamat malam

Hari tu lepas berakhirnya paper yang ke 2, member ajak pergi batu pahat balik kampong dia since aq saja yang tak pernah pergi kampung dia berbanding member member yang lain.. konon konon nak release tension la sebab paper ke 2 tu susah, tak seperti yang dijangka.. lagipon next paper minggu depannya, so banyak gap lah.. 

Jadi, 8 pagi esoknya terus bertolak sebab kami ingat nak balik hari saja.. perjalanan ke batu pahat mengambil masa 2 jam dari skudai.. dan sampailah kami ke kampong member..lepak lepak sampai makan tengah hari.. 

Since kami bertolak awal dan tak sempat nak breakfast, so sampai sampai kampung terus breakfast cucur sukun.. sedap sangat first time makan dan lunch pula kami makan nasi gaul banjar.. pon sedap.. kami siap bawa bekal cucur sukun lagi dalam perjalanan ke PD.. 

nasi gaul
 nasi gaul ni dimasak menggunakan air rebusan ayam dan dimakan bersama ayam rebus, acar, dan ayam masak merah atau gulai..

cucur sukun

lepas tu, ingatnya nak terus balik, rupanya member ajak pergi Port Dickson pula rumah abang member.. so pergilah sebab dari batu pahat ke PD lebih kurang 2 jam lebih saja..

Petang tu sampaila PD dan jalan jalan sekitar pantai PD.. borak punya borak tak sedar dah malam, so kami dalam dilemma sama ada nak bermalam atau terus balik, abang member memang dah ajak bermalam dah.. dahla kami dengan sehelai sepinggang tak bawa apa apa..

Akhirnya kami decided nak bermalam saja di PD sebab letih sangat seharian berjalan.. so malam tu juga pergi pasar malam dan supermarket beli baju dan berus gigi semua.. erm tak pernah pernah terjadi perkara sebegini dekat aq, on the spot bermalam di rumah orang..
Kesimpulannya, budget aq bulan ni lari dan kalau nak pergi jalan mana mana bawalah sikit barang barang keperluan terutamanya perempuan..

2 comments:

Alya Natasha said...

bestnya dpt jalan2..

Nurin said...

attention please http://weeweennie-story-of-life.blogspot.com/2013/06/attention-please-followers-blog-ni-sila.html