Tuesday, July 9, 2013

Kem Induksi Tanjung Sepang

Assalamualaikum

dah lama sangat tak update blog disebabkan tak dan..Memandangkan kami dah lama start cuti sem, jadi aq manfaatkan masa cuti ini untuk join program uni.. jadi secretariat untuk festival konvokesyen UTM yang ke 51 yang bakal berlangsung pada bulan oktober nanti.. 

so kami dikehendaki untuk menjalani kem induksi di tanjung sepang resort kota tinggi selama 2 hari 1 malam dan dikehendaki untuk stay di UTM sehingga 26 julai dan kembali semula pada 14 ogos.. so kami cuti hanyalah 3 minggu saja..

signboard

swimming pool



serius tanjung sepang resort ni cantik sangat, satu bilik 4 orang tapi kami just kongsi 3 orang saja..pemandangan yang menarik dekat dengan pantai dan kita boleh lihat matahari naik kalau bangun awal pagi..

buaian

chalet

aq dan suha
 so pada hari first kami just ada sesi ice breaking dan malamnya kami ada BBQ.. sedap sangat BBQ sebab semua jenis lauk ada antaranya udang, ikan, ikan pari, ayam, sate, nasi goreng dan lain lain..malam yang sangat heaven dengan makanan dan full gila..

barbeque

tempat makan
nice view
 so hari esoknya, pagi kami ada aktiviti pantai iaitu kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan dikehendaki untuk membuat banner FESKO 51 menggunakan pasir, ranting, daun, dan cengkerang..so bermulalah kreativiti kami..


ranting,daun,pasir dan cengkerang..


so lepas berakhirnya aktiviti pantai, maka lepas lunch kami bertolak balik ke UTM untuk memulakan gerak kerja kami... dan bermulalah pengalaman kali pertama aq menyambut ramadhan dan bertarawih di UTM.. pengalaman yang best.. alhamdulillah..
ok..salam ramadhan semua..

1 comment:

zakirasli .. said...

salam ramadhan juga :) tenang je tgk tmpat ni. mst best kan?