Wednesday, July 31, 2013

Kerabu Mangga

Assalamualaikum


Pejam celik pejam celik dah hampir seminggu aq berpuasa di rumah so macam biasa since tak ada kerja sangat so belajarlah masak.. so kali ini belajar buat kerabu since malas nak masak sayur lagipon mangga muda banyak dekat rumah. Kerabu ni senang saja main campak campak saja bahan yang korang nak letak boleh campur sotong, kerang apa apa ke..kalau ratah macam tu pon dah sedap dah.




Bahan bahan yang aq guna just grab apa yang ada dalam peti dan rumah saja.. antaranya 

bawang merah, cili api, serai, mangga muda, kacang tanah goreng dan udang kering.. 

make sure bahan bahan ni sudah dipotong kecil.. 



dan juga bahan sampingan garam, gula dan sos ikan..



Caranya cuma campurkan semua bahan bahan tadi.. gaul dan perasakan dengan garam , gula dan sos ikan sehingga sebati.. then, masuk dalam peti untuk lebih sedap.. masa hidang boleh hias dengan daun sup..


3 comments:

kiki yumi said...

yummi!!! dap dap nyerrr !!! buat menu rumah terbuka mesti syok nih..hehe

me oren said...

glurp !

Afiqah Azmee said...

hmm sedapnyaaaaa