Wednesday, September 4, 2013

Laksa Penang

 Assalamualaikum


Sedang menghitung hari untuk pulang ke uni minggu ni.. so before balik, lepaskan kempunan dulu buat laksa.. even kami ni dok Pahang, sangatlah jarang buat Laksa Pahang sebab parents orang utagha, so dah biasa makan pedas.. laksa ni buat untuk 5 orang makan..




sebelum mula buat laksa, macam biasa kena rendam dulu cabai kering buang biji, rebus ikan dan rendam laksa sebelum rebus..


cara buat kuah laksa 


1) masukkan beberapa keping asam keping kedalam air rebusan ikan dan biarkan beberapa minit untuk asam keping masak semasamnya.

2) masukkan cabai kering bersama beberapa biji bawang besar dan belacan yang telah dikisar bersama ke dalam periuk.

3)selepas mendidih, masukkan isi ikan yang telah dikisar sehancurnya, masukkan sekali bunga kantan dan daun kesum. akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya sampai mendidih..


dalam masa yang sama, jangan lupa untuk rebus laksa sampai masak, potong bahan bahan taburan laksa seperti daun/batang kantan, timun, bawang, cili, limau, telur, dan kacang panjang.. done.. so boleh makan sesedapnya..laksa yang aq buat ni agak pedas dan sedap..


2 comments:

cheekychubbycutegirl said...

Ifnir suke laksa penang..suke sgt2..tpi pedas xtahan..suami ifnir org utara, mmg suke mkn pedas jgk..hehe

rihan bidin said...

pedas tu laa yang menambah kesedapannya.. huhu..