Saturday, September 21, 2013

My Friday...

Assalamualaikum

Semalam kami pergi Tanjung Piai untuk berkelah.. pagi pagi lagi sebelum bertolak kami dah siapkan roti sandwich, nasi goreng, kuey tiow dan lain lain.. kami bertolak dalam pukul 11 pagi dan sampai pukul 12 tengah hari.. 

niat di hati sebenarnya nak pergi Zoo dan Muzium Johor tapi since muzium dan zoo selalu tutup, jadi kami decide pergi Tanjung Piai.. kalau pergi Tg Piai automatik akan pergi Taman Negara Johor sebab dekat dekat saja.. dapatlah juga tengok binatang dan history... 

kalau ikutkan sebenarnya makanan / minuman memang tak dibenarkan masuk sebab takut dikacau oleh monyet monyet berkeliaran.. tapi kami perosok perosok masuk dalam beg senyap senyap.. so first time kami berkelah atas air.. 8)

tiket rm5

our brunch



kuat sangat angin sepoi sepoi bahasa ditambah pula dengan matahari panas terik.. taman negara  memang besar dan dapatlah kami exersice..




international direction


time kami pergi tu time orang sembahyang jumaat so memang tak ada langsung pegawai yang jaga didalam.. agak takut jugalah sebab tak ada pengawasan ditambah pula dengan monyet yang liar.. nasib baik ada sekumpulan budak cina.. so kami follow diorang saja.. 8)


disebabkan kami berjaya sampai ke penghujung johor,, tak ada langsung roaming malaysia.. yang ada cumalah roaming indonesia dan singapore..

akhirnya kami berjaya berada di penghujung selatan tanah besar asia
hari ni kami ada program sampai ahad..have a nice weekend 

1 comment:

Faariis said...

beshnye gi jenjalan.