Sunday, November 10, 2013

Karnival Tintec Pt 1

Assalamualaikum

Masa cuti mid sem yang baru berlalu ni, kami join Karnival Titian Anak Teknologi (TINTEC) anjuran kolej kediaman kami kolej 9&10 di Kg Parit Marjunit, Benut Pontian selama 3 hari 2 malam yang bermula pada 8- 10 November.. Since aktiviti ni berlangsung masa cuti, so seeloknya kami isikan dengan aktiviti berfaedah nak nak program anak angkat..

Masuk kali ini, aq dah ada famili angkat yang ke empat selepas keluarga angkat di Pahang, Terengganu, Pulau Pinang dan sekarang ini Johor.Tapi famili angkat kali ini special sikit sebab famili angkat berketurunan Jawa. 

OTW bertolak
kami bertolak dalam pukul 7.3o pagi dan sampai dalam pukul 9 pagi. Di sini majoritinya orang Jawa, yelah nama kampung pon dah bunyinya Jawa.. best dengar cakap Jawa..

yeay da sampai Kg Parit Marjunit 
kami dapat ayah angkat bernama Hj. Kambari Pajar dan emaknya Mas Roton.. ayah dan mak angkatku boleh dikategorikan sebagai nenek dan atuk.. tapi kami still panggil mak dan abah.. 

rumah famili angkat
rumahnya sangat besar dan selesa..

mak dan abah angkatku
 walaupun mak dah berumur 60++ tapi alhamdulillah mata mak angkatku masih terang, sakit pon tak ada, masih boleh bawak motor.. ayah angkatku pula dah 80++, alhamdulillah masih kuat pergi masjid setiap waktu, masih boleh bawak kerete, mata terang, sakit tak ada..  syukur sangat..

famili angkat
 sporting sangat mak abah siap boleh buat bentuk love lagi.. best falili angkat kali ini sebab dapat sekali dengan Indian, so bolehla kami berkongsi kongsi cerita tentang adat masing masing..

bersama aiman
 di rumah, mak angkatku menjaga cucu lelaki bernama Aiman.. comel sangat macam anak mat salleh yang berketurunan Jawa.. memang comel dan putih gebu..

budak kampung =)
sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik yang berlangsung di kampung ini sepanjang 3 hari.. disebabkan banyak sangat gambar jadi aq bahagikan kepada part akan datang..
ok.. thanks for read

1 comment:

Syaifuddin Alias said...

ee..macam comel je awak..boleh ngorat ?hehe