Wednesday, November 13, 2013

Karnival Tintec Pt 2

Assalamualaikum

sambungan daripada karinival tintec 1.. so pada hari sabtu esoknya, bermulalah berbagai jenis aktiviti dimulai dengan senam aerobik dan yang paling seronoknya walaupun aktiviti berlangsung di tengah panas, orang orang kampung masih ramai join sekali.. 

kami juga tidak ketinggalan untuk join setiap sukaneka yang dikendali oleh setiap kelab bawah kolej 9&10 antaranya music chair, teh tarik, badminton dan banyak lagi..

kembar siam
first kami try main kembar siam, lari ikat kaki bersama 3 orang dan mesti melepasi beberapa halangan.. akhirnya berjaya mendapat tempat ke 3.. time main memang tak dapat nak buka mata sangat sebab terlalu panas tapi best..

pertandingan mewarna
ada juga pertandingan mewarna yang disediakan untuk adik adik comel..


pertunjukan silat juga ada dilakukan oleh adik adik Kg sebelah iaitu Kg Parit Puteri Menangis.. memang daebak la..

crossword
then, kami try main crossword.. iaitu cari sebanyak mungkin perkataan "usahawan" dalam masa 5 minit.. akhirnya kami berjaya...


ada juga pertandingan mengukir buah nanas.. serius pak cik dekat atas ini cepat sangat mengukir dan lepas tu pak cik ni siap main game lain lagi.. hebatlah..

mascot yang comel

jangan disangka di kampung tidak ada mascot.. walaupun dibawah bahang matahari, masih ada juga crew yang sanggup berpeluh disebalik mascot ulat bulu untuk meriangkan karnival.. terima kasih..

cute props

terdapat juga pertandingan smile photo contest.. iaitu bergambar dengan prop yang disediakan, kemudian pemenang akan diadili dengan undian orang ramai...

sesi undian
akhirnya pemenang dimenangi oleh ketua kampung Parit Marjunit

my design

ada juga aktiviti amal yang dilakukan iaitu dengan menempek tangan yang penuh dengan cat untuk diberi kepada badan badan kebajikan sebagai tanda perhatian kita terhadap orang yang kurang upaya...

my palm on right side ACU
ok..itulah antara aktiviti yang dilaksanakan pada hari sabtu, ahad esoknya pula majlis penutupan sekaligus kami kena berpisah dengan keluarga angkat untuk pulang ke UTM...

mak sedang menjaga cucu

abah yang kuat

touching sangat masa hari nak berpisah tu sebabnya mak dan abah sanggup datang tengah tengah panas tu untuk iring kami balik.. walaupun sedang menidurkan baby aiman, abah pula siap tunggu kami naik bas lagi walaupun dah 80++.. terima kasih..

lepas balik daripada program, memang habis belang dan gelap kulit akibat panahan matahari.. so sekarang sesi cure and care my skin.. =)
selesai sudah.. terima kasih kepada semua penduduk kg parit Marjunit dan kampung kampung sebelah yang terlibat dan pihak kolej.. semoga program seperti ini ada lagi..
  

2 comments:

Medical treatment said...

assalamualaikum..salam kenal..
aku suka melihat lukisan telapak tangannya...sungguh artistik

Info kesehatan Indonesia said...

Hello assalamualaikum, salam kenal dari blogger indon...kalao boleh tahu, kenapa yang cantik ditutup matanya?