Monday, November 11, 2013

Roti Sardin

Assalamualaikum

Cuti mid sem hari tu try buat roti sardin celup tepung untuk santapan minum petang dan makan malam.. saja nak tukar angin makan, takkanlah asyik asyik nak makan biskut, roti saja petang petang.. senang saja semua orang boleh buat..




bahan bahannya hanyalah 1 tin sardin, 1 telur, roti, 1 sudu kecil pewarna kuning, garam, tepung gandum dan tepung beras..


1) mula mula masak sardin macam biasa.. masak sekali dengan bawang, cili, air asam jawa, sos cili, garam dan jangan lupa hancur hancurkan sardin

2) belah roti kepada 2.. sapu dengan sardin dan kapitkan roti..

3) panaskan minyak, celup roti kedalam bancuhan tepung gandum+tepung beras+garam+telur+pewarna kuning..

4) lepas celup, boleh terus digoreng..

roti sardin
dah siap.. senang dan cepat.. kalau tak ada pewarna kuning pon tak apa..=)
thanks for read