Sunday, November 3, 2013

Sekitar Festival Konvokesyen UTM

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai sudah Festival Konvokesyen UTM yang berlangsung selama 8 hari bermula pada 23 oktober dan berakhir pada 30 oktober..memang memenatkan dan menyeronokkan ditambah pula dengan musim test, assignment dan presentation. lepas berakhirnya festival konvo, kami dah mula cuti mid sem break,, dapatla merehatkan minda dan badan sebelum buka cuti..

Festival Konvokesyen UTM ini adalah festival konvokesyen yang terbesar antara IPTA lain..sebab tulah kami dikehendaki memulakan gerak kerja 3 bulan awal sebelum berlangsungnya event.. terdapat banyak gerai dan jualan, pameran dan korporat, aktiviti amal, permainan dan pertandingan seperti go kart, fun park dan banyak lagi... terdapat juga artis yang turut memeriahkan malam acara..

selepas berakhirnya FESKO, khamis dan jumaatnya pula sesi pembersihan tapak FESKO sebelum bercuti dan malam semalam aq selamat sampai ke rumah..oklah tengoklah gambar sekitar 8 hari festival konvo.. 

majlis perasmian DYMM Raja Zarith Sofia

 day 1 anuar zain

day 2 sham kamikaze

day 4 jambu

day 5 dato' ali mamak dan abon

day 6 fouziah gambus

day 7 mawi dan imam muda nazrul

majlis penutupan day 8 black hanifah
since kami crew FESKO51 memang setiap hari berada di tapak, so kami akan survey dan aim setiap gerai yang menarik dan murah.. so bila malam last festival konvo, kami terus serbu gerai yang kami aim untuk shopping dengan harga yang lagi murah sebab kebiasaanya hari last tulah peniaga akan turunkan harga lagi..

sehinggakan malam last tu ada lagi pengunjung dan gerai masih dibuka sehingga pukul 3 pagi sedangkan hari biasa sampai pukul 12 malam saja..

go kart


shopping time

Dikesempatan ini, ingin memohon maaf sepanjang menjadi sekretariat Fesko51 UTM dan terima kasih kepada family Fesko51 yang banyak memberi tunjuk ajar dan diatas kerjasama semua yang turut memeriahkan 8 hari Festival Konvo UTM.. 
see you next Fesko insyAllah


No comments: