Thursday, January 30, 2014

Cucur Jawa

Assalamualaikum


sejak cuti sem ni, tak tahu nak buat apa.. so masa yang ada trylah buat benda yang aq tak pernah buat.. kuih cucur jawa.. aq tak tahulah pulak kalau orang lain panggil lain.. tapi kami panggil cucur jawa.. sedapla rasa lemak lemak manis.. buat pon senang..






 bahan bahannya hanyalah tepung gandum, tepung beras, air panas, dan gula melaka/merah..





1) firstly, masukkan 1 mangkuk tepung gandum

2) masukkan 1 mangkuk tepung beras

3) then, masukkan 1 mangkuk gula melaka/merah

4) next, masukkan 1 setengah @ 1 1/2 mangkuk air panas

5) lastly, gaulkan semua adunan sehingga sebati

6) pastikan adunan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.. kalau terlalu pekat, boleh tambahkan lagi air panas..


lepas dah siap bancuh semua adunan, biarkan seketika/perap supaya adunan kembang.. kalau adunan kembang lagi cantik sebab time goreng nanti, bentuknya akan naik sendiri dan lebih cantik.. aq buat ni time pagi dan goreng time petang.. kalau menjadi. adunan akan jadi bergerigih disekeliling cantik terbentuk seperti di bawah:





kalau boleh masa nak goreng tu, guna senduk bulat sederhana besar dan letak satu scope.. bila terbalikkan ia akan jadi seperti sebelah kanan.. goreng api perlahan...







tak silap aq lah, kawan aq cakap dekat kelantan kuih ni warna putih keperangan sebab guna gula biasa / gula putih.. ada juga yang panggil kuih peneram..
ok.. thanks for read

2 comments:

Mak Iti said...

wow..kuih ni mmg sedap

Ahmad Zaki said...

tak pernah rasa kuih ni. Minta 1 blh. Hehehe.

ZH Blogger