Sunday, January 19, 2014

Nestum Cheesekut

Assalamualaikum

Sekarang ni kami dah start cuti semester sebulan sehinggalah awal bulan februari nanti.. tapi sayangnya cuti sem aq hanyalah 4 hari since ada program kena attend,, so disebabkan masa di rumah aq limit, so decided nak buat cheesecake simple.. dah lama nak buat tapi disebabkan jarang balik rumah.. so kali ini berkesempatan lah nak buat before balik uni esok pagi.. aq kalau boleh nak buat resepi yang mudah tanpa guna oven sebab rumah tak ada oven.. so better cari resepi yang simple..




so bahan bahannya hanyalah susu pekat, krim cheese, biskut, dan nestum..


1) mula mula putarkan 250g krim cheese bersama dengan 1/2 susu pekat.. putarkan sampai acuan sebati. . 


2) kemudian, celup biskut dalam susu segar (susu biasa pon boleh) sebab nak bagi dia soggy sikit depan belakang.. tapi janganlah lembik sangat..lepas celup dalam susu, terus susun dalam loyang.. since loyang aq ni bulat, so terpaksa patah patahkan sikit.. 


3) next, lepas biskut dah tersusun rapi, sapukan acuan krim cheese + susu pekat tadi atas biskut sampai rata.. bila dah rata acuan tadi atas biskut, bolehlah tabur nestum atas acuan tadi.. 

4,5,6) then ulang step yang sama iaitu letak satu lagi lapisan biskut, then letak acuan krim cheese + susu pekat lebih sedikit daripada lapisan bawah dan seterusnya taburkan nestum lebih sedikit diatas sekali.. 


nampak lah tinggi sikit acuan kalau letak banyak layer.. akhir sekali, sejukkan dalam peti ais semalaman..







siap.. sekali makan rasa macam kek fibre.. bolehlah rasa macam ada masam masam cheese..
ok selamat mencuba

No comments: