Friday, January 3, 2014

UTM's Orchard

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya selesai juga 4 paper berturut turut dari isnin hingga semalam.. memang sepanjang tu, tahan saja keinginan nak online, tengok movie dan tidor sepuasnya..

sementara tunggu exam minggu depan, lepas habis paper english semalam, petang tu lepas asar terus pergi Dusun UTM.. sepanjang 3 tahun kat UTM, baru berpeluang pergi sebab jauh dari kolej.. dah lama dah nak pergi, baru ada peluang nak pergi since sekarang memang musim buah dan orang pula ramai dan ada promosi beli buah..

baru tahu yang pokok pulasan ni renek saja rupanya.. dusun ni dekat dengan kolej yang majoritinya ambil bahagian pertanian, so senangla untuk student buat eksperimen.. ada juga sayur sayur macam kacang panjang.. 

since rambutan bahagian bawah banyak dah habis, so kenalah panjat untuk ambil yang atas.. nasib baik tak ada kerengga..

ya i am the monkey girl
dusun UTM ni besar sangat, memang tak habis kalau nak makan semua, kami pon tak larat nak jalan semua pokok.. memang ramai sangat orang datang mostly student, family dan international student..  


makan lah sepuas hati dalam tu.. tapi kalau nak bawak balik, plastik memang UTM sediakan contohnya satu plastik biru rm5, plastik kuning rm10... so isilah banyak banyak sampai penuh.. macam macam buah ada rambutan kuning dan merah, cempedak, langsat, durian, pulasan, manggis,.. ..


kami pergi dalam pukul 5 petang sampai pukul 6. 30 jugala.. sepatutnya dusun ni tutup pukul 6 petang, tapi pengunjung tak henti henti datang.. rezeki rezeki..

hasil tangkapan kami
 oklah kami dapat dalam 4 plastik kot dan semuanya rm20.. memang berbaloi..

kat dusun pon ada line tau.. jangan risau..

my pulasan

manggis memang wanted.. semua orang nak..
ok.. hari ni johor dah start weekend.. selamat berhujung minggu dan good luck exam.. 

2 comments:

Lia Ilnia said...

Sangat best dapat petik sendiri buah - buahan. Teringat feeling masa tinggal dekat dusun dulu.

Ahmad Zaki said...

Sedap kalau dapat buah pulasan tu. Tapi tak leh makan, takut batuk berpanjangan... =)

ZH Blogger