Sunday, February 2, 2014

Oreo Cheesecake

Assalamualaikum


hari tu aq ada buat nestum cheese cake.. klik di sini.. lepas aq buat tu, tiba tiba aq terfikir baik aq buat Oreo Cheese Cake/ Tiramisu Oreo sebab bahan bahannya lebih kurang sama saja.. so cuti hari tu trylah buat sebab orang cakap resepi nya senang saja




bahan bahannya hanyalah 20 keping biskut biasa, 2 bungkus oreo/ cream o, 1/2 mangkuk susu pekat, 250 ml whippng cream, 250 g cream cheese dan 1/4 butter..





mula mula asingkan oreo dengan krimnya.. tumbuk kasar 1 bungkus oreo bersama 20 keping biskut biasa untuk buat base.. tumbuk guna lesung/mesin pon boleh..





1) dah tumbuk, cairkan 1/4 mentega ( mentega bahagikan 4, ambil 1 bahagian saja), boleh cairkan menggunakan api atau kacau dengan air panas..

2) dah cair, gaulkan mentega bersama serbuk biskut yang dihancurkan tadi.. gaul sebati dan mampatkan dalam loyang.. then bekukan base dulu di peti atas..

3) sementara nak tunggu base beku, boleh buat filling.. masukkan 250 g cream cheese, 250 ml whipping cream, 1/2 mangkuk susu pekat ( boleh guna gula pasir), dan krim oreo yang diasingkan tadi..

4) putar acuan gunakan mixer sehingga sebati dan pekat...

5) lepas acuan dah sebati, masukkan biskut oreo yang dipatah empat dan sedikit biskut oreo yang telah dihancurkan.. gaul bersama sebati menggunakan spatula/ senduk.. jangan guna mixer.. sebab takut biskut terlalu hancur

6) lepas dah gaul sebati, keluarkan base yang telah disejukkan dan tuangkan acuan ke atas base..


lepas dah tuang acuan, boleh hias mengikut kreativiti masing masing menggunakan lebihan oreo yang tinggal.. bekukan seharian di dalam frrezer sebab kek ni memang lambat nak beku.. aq buat tengah hari tapi makan time malam..








better gunakan loyang tanpa bontot yang dilapik menggunakan cake board supaya acuan senang keluar dan cantik terbentuk.. rasanya lebih kurang macam ais krim oreo sedikit.. siapa yang sukakan cheese boleh lebihkan cheese, siapa yang sukakan krim, boleh lebihkan krim.. tiba tiba rasa terliur pula..
ok thanks for read...

2 comments:

Mizzi Ifwat said...

Wah.. Blog yang sangat baik dan membantu..

Nice recipe and ii should try it..

from:
http://bisikan-hati-mizzi.blogspot.com

Anonymous said...

In order to cope inside a fast-paced market,
new applications are expected. So unless any company
completes the formalities and discover the necessary certifications they could't start their business.

" The company sees innovation as considered one of its core organizational competencies.

my web page :: http://www.xhbnet.com