Sunday, February 9, 2014

UTM Aspirasiku Pt1

Assalamualaikum

Alhamdulillah berakhir sudah program UTM Aspirasiku ini yang dianjurkan oleh Sekretariat Mahasiswa Perak (SEMARAK) selama 4 hari 3 malam bermula dari 5 hingga 8 Februari 2014.. Selepas berakhirnya program ini, esoknya terus pergi kelas permulaan sem baru.. 

memang best sangat program ini sebab adik adik calon SPM semuanya sporting sporting belaka dan aq pon dapat rasa macam aq ada adik.. sepanjang program ini banyak aktiviti menarik berlangsung yang bertujuan untuk memperkenalkan UTM kepada masyarakat luar khususnya calon SPM..

5 Februari

sewaktu pelajar sampai
pendaftaran
pelajar pelajar ni seramai 30 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dari 4 buah sekolah yang berbeza dan diiringi oleh 4 guru pengiring.. sepanjang program ini berlangsung, setiap group diberi barang amanah iaitu telur..

6 Februari

hari keduanya pula pelajar dibawa melawat ke beberapa fakulti, stadium, marine, library, aero dan kedai universiti. malamnya pula ada LDK dan ceramah..

bersama anak penceramah


 7 Februari

hari ketiganya pelajar lelaki dan perempuan bersembahnyang jumaat bersama sama di Masjid UTM dan selepasnya pula ada explorace di sekitar tasik UTM.. syukur sangat sepanjang program berlangsung cuaca baik dan tak hujan..

aerobik setiap pagi
explorace
sewaktu explorace berlangsung, kami unit protokol tak sempat nak join sebab tengah sibuk persiapan untuk majlis penutupan keesokan paginya.. agak kecewa jugalah..

8 Februari

hari terakhirnya hari yang sangat ditunggu tunggu oleh pelajar dan juga kami sebab hari last lah kami dapat berjalan jalan di sekitar JB.. sebelum tu, paginya ada majlis penutupan yang dirasmikan oleh Naib Canselor UTM dan majlis itu dihandle oleh kami unit protokol..

my group

US

bergambar kenangan
 ok entri bersambung ke bahagian seterusnya sebab gambar terlalu banyak semasa jelajah johor di Legoland, Puteri Harbour dan Johor Premium Outlet..
thanks for read

No comments: