Sunday, February 16, 2014

Zumba Fitness

Assalamualaikum

cuti sem yang lalu memandangkan tak ada buat apa sangat malam malam, so akak aq ajak kami adik beradik pergi try satu gym fitness ni alang alang baru bukak dekat kawasan rumah kami.. yang specialnya nya gym fitness for woman only.. so tak adalah segan sangat..

bayaran masuk hanyalah rm5 sahaja.. memang murah saja sebab fitness ni tak menggunakan peralatan gym pon, just menari aerobik selama satu jam setengah.. dan rupa rupanya fitness ini mempraktikkan tarian ZUMBA yang semakin diminati orang..


simple saja gym ni.. sempatlah aq merasa tarian zumba selama 3 hari.. memang berpeluh peluh dan best sebab lagu yang dimainkan seiringan pon best.. bagi aq , daripada main peralatan gym sendiri, better menari aerobik sebab tak adalah bosan sangat dan malu sangat sebab menari ramai ramai.. 




Berikut adalah info daripada Kevin Zahri tentang senaman Zumba dan kelebihannya sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain.

Apa dia? 
Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.

Dance workout: 
Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin, bollywood dan sebagainya.

Bakar kalori: 
Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Syabas!

HIIT?
Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)

Mood down? 
Jangan risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersamai rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai.

Seronok tak? 
Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu.

Seksi! 
Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang gitu. 

Senaman kardio: 
Tambahan lagi, intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik.

Kuatkan abs dan pinggang! 
Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core.

so, bolehlah cuba ke pusat fitness yang mengamalkan tarian zumba yang berdekatan di rumah anda.. sebab setahu aq, hampir semua tempat dah ada pusat fitness ni..

tapi sekarang dah buka sem, memang tak ada masa dah.. tapi tengah try nak cari disekitar skudai 8) zumba bukan untuk perempuan saja, lelaki pon boleh join sekali..
selamat mengamalkan gaya hidup sihat

3 comments:

nor azman said...

lps ini badan aok makin cantik kan

Torascool said...

salam kenal
joinand follow

torascool(dot)blogspot(dot)com

Anonymous said...

Kat mana center ni, area KL ke?