Wednesday, March 26, 2014

BURGEMBIRA Bersama

Assalamualaikum

Isnin haritu, lepas berakhirnya test malam tu,, kami decide nak pergi makan dekat luar.. yela baru lepas testkan, memang confirm confirm lapar balik even dah makan sebelumnya, tenaga habis ke perah otak member jawapan.. nasib baik soalan berbentuk struktur, tak adalah esei sangat..

So pergilah kami makan di roadstreet burger di pulai.. memang dekat keluar gate belakang UTM dah sampai pulai.. walaupun burger tepi jalan,sedap tau siap ada Burger Bakar lagi menu baru.. trylah kami 10 orang makan burger bakar daging dan ayam.. 





Oklah sedap sesuai untuk student macam kami ini.. teringin nak makan burger bakar yang bertingkat tingkat tu, tapi kena tunggu perut kosong sepenuhnya, baru puas makan… kalau tak memang membazir la kalau tak habis..

Burger Bakar Daging/ Ayam harganya RM5.50 sahaja.. suka daging dia rasa macam prosperity McD pula.. kami makan burger setingkat ip on dah lenguh mulut menganga, macam mana la pula kalau bertingkat tingkat kan.. 




ada juga menu lain macam chicken chop, more to western la.. ok thanks for read, bolehlah try ea.. lepas ni kelas pukul 8 pagi..
pen off

No comments: