Monday, March 31, 2014

Homemade Nugget

Assalamualaikum

hari tu beli banyak banyak serbuk roti warna oren ni, sebab susah nak jumpa.. biasanya warna putih saja kan banyak jual.. beli pon sebab nak buat roti sosej breadcrumb dalam entri ini dulu.. disebabkan banyak lagi serbuk roti lebih, so try nak buat benda lain menggunakan serbuk roti..

so decided lah nak buat nugget sendiri.. tapi kebanyakan yang aq google semua guna daging ayam, disebabkan malas nak potong ayam so just guna sosej ayam saja.. 



bahan bahannya:

sepaket sosej (10 ketul), 2 sudu breadcrumb, 1 sudu lada putih, 1 sudu lada hitam, seecubit garam, 2 1/2 sudu mayonis, 2 biji telur



first sekali, rendam sosej dalam air panas dulu supaya lembut untuk dihancurkan.


1) lepas sosej dah lembut, lenyek sosej menggunakan pelenyek pisang/kisar kering sampai hancur..

2) bila dah rasa hancur, taburkan lada hitam, lada putih, garam, mayonis, bread crumb.. 

3) gaul semua adunan sehingga sebati

4) dah sebati, bentukkan adunan menjadi bentuk yang suka.. bulatlah senang..

5) dah bulat, golekkan nugget atas serbuk roti sehingga sebati... kemudian celup dalam telur dan golekkan lagi dalam serbuk roti.. supaya nugget tak hancur masa goreng nanti..

6) dah siap salut dengan breadcrumb.. pastikan adunan tak begitu besar sebab takut isi dalam tak masak kalau goreng nanti..




boleh goreng.. goreng dengan api sederhana supaya isi dalam masak sekali..




dah siap, lepas ni boleh buat nugget sendiri.. tak payah dah beli ya..
ok thanks for read.. selamat mencuba

2 comments:

tifa anvar said...

banyak resepi mudah n berguna. keep it up

Anonymous said...

Great beat ! I would like to apprentice even as you amend your web site, how can i subscribe for a
weblog website? The account aided me a acceptable deal.
I have been tiny bit acquainted of this your broadcast provided brilliant clear idea

Look into my web page; free xbox live; ,