Saturday, March 29, 2014

How to Shed your Weight

Assalamualaikum


Erm tak pernah pernah aq bagi tip nak turunkan berat badan kan. Secara physicalnya aq ni tak adalah kurus sangat. Even orang lain kata aq kurus, tapi aq rasa aq tetap gemuk.perasaan sendiri kan lain berbanding pandangan orang. Dan aq masih lagi berhati hati dalam pemilihan makanan sebab aq ni boleh katakan baka besar. So,probability cepat naik badan tu agak tinggi.


Setakat ni,paling berat pernah capai adalah 55kg, beratlah sebab time tu sekolah menengah, kawan kawan pula semua kecik kecik. Duduk asrama pula, lagi la selera makannnya. Ingat lagi kalau time minum supper, memang student akan dapat sebungkus roti, tapi since aq ni rapat dengan akak dewan makan, so aq amik satu bundle buat bekalan. Tamak haloba betul. Sekarang ni oklah ideal.


Mari sini nak share tip tip berdasarkan pengalaman aq sendiri.


1) Air putih ”tak sukalah minum air, nanti nak terkencing je”

Totally wrong, Buang airlah bagus sebab dapat membuang toksin toksin sekali. Sebelum nak makan, minumlah air dulu sebab dapat memudahkan proses penghadaman. Satu lagi kalau kita minum air sebelum makan, peluang nak tambah makan tu kurang sikitla sebab perut dah penuh dengan air. Lepas tu, bangun pagi biasakan diri jangan gosok gigi lagi, terus minum air putih sebab untuk pelawasan. Sebab enzim enzim saliva dapat membantu membuang toksin.


2) Kafein “saya tak suka minum Nescafe, nanti jadi bodo” 

Betul, tapi jangan selalu. pernah tak korang tak membuang dalam masa yang agak lama?? Aq pernah nak nak time pergi berjalan. Memang tak selesa langsung perut mana taknya makan macam biasa, tapi tak keluar keluar. Kalau macam ni, aq terus minum air Nescafe suam sebab kafein dapat tingkatkan metabolism dan bakar lemak. Biasanya lepas aq minum Nescafe suam, dalam masa terdekat akan rasa nak buang. 


3) Get active “berjogging? Erm.. nantilah saya banyak kerjalah” 

Sangat salah, jangan jadikan alasan kerja/study sebagai malas untuk bersukan. inilah kunci utama turunkan berat badan even sebusy mana pon kita, cubalah untuk lakukan vigorous activities untuk mengeluarkan peluh. Kat uni ni boleh katakan kalau tak ada kelas petang, kami akan bermain netball. Serius bersukan sangat cepat berpeluh nak nak kalau main bola memang tak rasa sangat penatnya sebab main ramai ramai. Dan paling penting lepas bersukan, jangan terus minum air sebab nanti badan kita akan cepat berat air. Tunggu sampai peluh kering kejap, baru minum air. 



4) No Junk food “saya tak makan nasi, saya makan maggi saja” 

Ha! Ini yang salah maggilah paling banyak kalori dan senang menggemukkan. Aq kurang sikit makan maggi, dan makanan dalam tin sebab maybe dah terbiasa dengan family terutamanya ayah aq yang memang kurang makan benda benda junk food ni. Sekarang dekat uni pon, kalau kawan kawan minta maggi kat aq, memang tak pernah adalah sebab tak suka beli maggi. 


5) Reduce portion “dinner? Tak naklah tadi dah lunch dah” 

Main meal eg breakfast, lunch, dinner jangan skip sebab nanti kita akan lagi cepat lapar. Kalau nak skip jugak, morning tea, tea time, and supper baru betul boleh skip. kalau boleh kita cuba kurangkan portion meal kita. Buat slow slow daripada full plate ke half plate then ke quarter plate. Cuba lebihkan sayur, ikan dan kurangkan daging, ayam. Aq lebih prefer ikan daripada ayam dan daging maybe sebab dok kat pantai timur dan family pon banyak makan ikan. 


6) Side meal “tadi dah makan dah,kenapa lapar lagi ni?” 

Pernah tak alami dimana kita lapar di tengah malam especially student yang selalu stay up malam malam. Memang lapar sangat kalau tengah tengah malam nak nak time test/exam sebab selalunya student suka study last minute kan padahal esoknya exam. Pastikan ada stok makanan bercereal eg oat, nestum dan wholegrain bread. Kat bilik aq memang ada oat dan roti gandum untuk spare.



Erm setakat ni tu sajalah rasanya. Dan yang paling penting jangan tinggalkan breakfast. Kalau kelas 8 pagi, cuba bangun awal, ambil masa untuk bancuh air dan makan roti. Sebab tak elok kita belajar dengan perut kosong sebab peluang sangat tinggi untuk tak focus dan mengantuk sebab otak tak boleh menganalis maklumat yang kita terima dengan baik.


Mana taknya, perut kita lebih kurang 6 jam kosong sejurus bangun dari tidur. So memang perlu diisi sebelum memulakan aktiviti harian. Pastikan kita membuang setiap hari untuk keselesaan perut. Setakat ni Alhamdulillah aq lawas dan buang setiap hari maybe sebab aq minum air Nescafe setiap pagi.


Tapi ingat jangan harapkan penurunan berat yang mendadak. Penurunan berat perlukan masa, asalkan kita selalu buat. Ok rasanya tu sajalah berdasarkan pengalaman aq. Teringin nak tahu cara turunkan berat badan dari segi tradisional, tapi tak pernah try. Erm, lain orang lain cara kan. ^_^

thanks for read. Jom amalkan gaya hidup sihat

1 comment:

tifa anvar said...

tips ni semua saya amalkn tapi kadang2 trsasar juga