Thursday, March 27, 2014

Kem Pembentukan

Assalamualaikum

Baru berpeluang nak update kisah pasal Kem Pembentukan bulan Januari lepas yang diadakan di Hutan Rekreasi UTM sebab baru dapat gambar sepenuhnya.. kem ni berlangsung time cuti sem sebulan hari tu selama 4 hari..

First day kem berlangsung di Kolej kediaman dan aktiviti lebih kepada Ice Breaking, buat Trademark kumpulan. Esoknya pagi kami dikehendaki berjalan kaki menuju ke Hutan Rekreasi. Jauh sangat sangat dan Alhamdulillah berjaya sampai.



time nak perform trade mark 

my group

Sepatutnya kem ni berlangsung di Tanjung Puteri Pasir Gudang, tapi disebabkan kekangan kos, terpaksa dipindahkan ke Hutan Rekreasi UTM. Bagus juga buat dekat hutan uni sebab sepanjang 3 tahun aq di Utm, baru berpeluang pergi Hutan uni.. padahal dah banyak kali lalu on the way ke Balai Cerap..

Sepanjang kem ni kami peserta memang tak dibenarkan menggunkan handfon sepanjang kem berlangsung, so handfon semua telah dipegang oleh fello.. sebab tulah satu gambar pon tak ada.. bagus juga tak pegang fon sebab kami banyak buat aktiviti mencabar, dah namanya pon dalam hutan kan..






Sepanjang kem ni kami tidur dalam khemah, dah lama tak tidur dalam khemah. Last tidur dalam khemah time secondary school. Satu khemah 2/3 orang. Aktiviti macam biasa lebih banyak kepada talk, refreshment, game.

Tapi yang paling aq suka adalah Explorace dan Night Walk. Memang sangat suka sebab aq suka aktiviti mencabar.  Explorace best, sejuk sentiasa rasa sebab kami memang banyak masuk sungai dan tak pernah kering baju kami.

kami didenda

Hutan utm memang besar sebab kami pon hampir hampir lost tapi nasib baik ada tali penunjuk so berpandukan tali la. Explorace memang best sebab kena berkawad, guling guling, masuk sungai, dah macam kem PLKN dah. Muka tak yah cakap la memang kena calit macam askar.


salah satu checkpoint dalam explorace ini antaranya kami kena masuk sungai. Agak dalamlah kenalah pergi ke hujung sana sampai ke hujung sini dalam masa 30 saat.. haha memang tak logikkan.. penat gila berlari dalam air, dengan baju terangkatnya.. nasib baik tak kena lintah/pacat.


lepas tu, untuk selesaikan checkpoint, kami kena melakukan aktiviti di atas ni, memang best.. aq suka sangat sebab dah lama teringin nak cuba benda ni.. sebab tulah aq nak sangat PLKN tapi tak dapat.. memang kecewa.. :(


kemudian, kami kena masuk dalam air dan mencari ikan .. ikan memang ada tapi nak carinya memang susah.. aq dahla tak pernah tangkap ikan, makan ikan tahulah.. sebenarnya bukan setakat ikan, udang dan ketam pon ada.. yang kecik kecik saja..

bersama fello dan fasi

So apa apa pun memang bestlah kem ni, dapatlah timba pengalaman baru sebab boleh katakan banyak benda baru yang aq belajar sepanjang kem ni. Lepas habis kem, terus balik rumah semula dan tidur sepuas puasnya.

Dan dah lama aq tak pakai nametag besar gedabak ni, last pakai dulu pon time kem sekolah menengah. tak sangka zaman uni pon pakai lagi. Minggu Mesra Mahasiswa baru pon tak pakai nametag besar besar ni. bagus juga kan senang orang nak kenal.. ^_^
lepas habis kem, muka dan tangan memang gelap dan berbelang sangat. segala jenis jerawat subur di muka. oklah thanks for read

No comments: