Wednesday, March 19, 2014

Meaningful Experience

Assalamualaikum

Disebabkan hari ini kelas pagi saja, so nak share cerita yang berlaku minggu lepas.. jumaat lepas, kami ada Professional Course subjek Organisational Safety & Health.. bengkel ni kami kena attend 2 hari berterusan..kalau tak attend, memang tak grad la jawabnya kami.. nak attend pon kena alert dan sentiasa check website sebab memang penyertaan limited sekali buka...

tu bukan ceritanya.. ceritanya begini masa kelas nak start.. macam biasalah lecturer akan tanya sebegini:

A: siapa dalam ni yang umur lebih 25 tahun? (ramailah 
     yang angkat sampailah seorang ni aq perasan)
B: saya ! 27 tahun
A: dah kahwin?
B : dah.. 

oo.. pastu barulah kami tahu yang ada seorang student dah kahwin.. ok dah habis.. tengah tengah kami dengar lecture , tiba tiba kakak yang dah kahwin ni keluar tergesa-gesa, aq pon keluar sekali la sebab aq mengantuk sangat dalam dewan..

dah kat luar, tiba tiba nampak akak tu tengah kelam kabut dan aq baru perasan yang rupanya dia tengah pregnant, dia tanya:

B: awak yang dalam dewan tadi kan?
C: ha'ah.. kenapa kak? 
B: tak tahulah kenapa dik, tiba tiba saja pakaian akak basah.. 
    nak kata air kencing bukan, tak tahulah air apa...

time tu baru aq perasan yang baju dan skirt dia basah sangat, siap boleh nampak ada air bertakung dekat atas lantai,, aq dah expect air membran sebab orang pregnant kan.. aq pon tanya:

C: entah entah air ketuban kot kak..
B: tak tahulah, kalau air ketuban, tak kan dah pecah sebab 
     akak baru 7 bulan.. lagipon akak tak sakit sekarang..
C: tak apalah kak, pergilah tandas dulu.. ada apa 
     apa nak tolong ke?
B: boleh tak awak tolong ambil beg dan barang barang saya, 
     nak terus pergi klinik...

aq pon ok jelah.. sebab tak tahu nak tolong macam mana, yelah orang tak ada pengalaman..time aq nak ambil barang barang akak tu, lecturer pon tanya:

A: mana student yang dah kahwin tu?
C: kena balik, sakit pregnant.. 

jawab sajalah sakit pregnant, tak kanlah nak cakap "sakit sebab air ketuban pecah" .. malu pula nanti.. akak tu pon dah balik, dan esoknya ada presentation, kami perasan dia tak datang bengkel maybe masih dalam rawatan.. 

my group presentation

itulah first pengalaman aq berhadapan dengan situasi perempuan mengandung.. speechless jugalah.. nasib baik juga aq mengantuk dan keluar, dapatlah juga tolong akak tu.. lepas peristiwa tu, terus aq google tentang air membran pecah..  
 ok thanks for read.. kadang kadang pengalaman ni boleh buat kita bersedia untuk masa depan kan.. ^-^

No comments: