Sunday, March 9, 2014

Puding Oreo

 Assalamualaikum


sebenarnya kalau ikutkan hati, nak balik saja minggu ni.. tapi bila fikirkan banyak benda tak settle lagi.. so terpaksa tundakan dulu hasrat nak balik.. bagus juga tak dapat balik sebab dapat belajar buat Puding Milo Lapis Oreo dengan kawan aq.. boleh katakan kami di sini memang banyak masak sendiri berbanding beli kat luar.. kawan aq ni dok sebelah bilik saja, memang pandai dan rajin masak.. hari tu dia buat Pizza, karipap, donat dan lain lain..





disebabkan dia rajin masak, so aq pon sibuk sekali nak belajar masak.. siap bagitahu dia lagi.. kalau nak masak resepi best, panggil aq sekali.. ^_^..




bahan nya simple cuma perlukan 1 serbuk agar agar (vanilla), 1 tin susu cair, gula, sebungkus oreo/ cream o dan juga sepaket kecil milo..



1) mula mula bancuh serbuk agar dengan susu cair, air masak dan gula secukup rasa.. bahagikan kepada 2 bahagian.. 1 bahagian untuk dibancuh dengan serbuk milo (separuh sachet)  dan 1 bahagian lagi tanpa campuran..

2) masakkan bahagian kosong sampai mendidih..

3) lepas bahagian kosong masak, masak pula bahagian yang dicampur dengan milo.. 

4) lepas kedua dua bahagian dah masak dan sejuk sedikit, tuangkan bahagian kosong ke dalam bekas.. biarkan seketika dan tuangkan pula bahagian milo, biarkan seketika, kemudian tuangkan lagi bahagian kosong.. lepas tu letakkan biskut oreo (jangan asingkan biskut dengan krim) di atas acuan..

5) lepas dah sejuk sedikit, tuangkan baki acuan tadi di atas biskut sampai tenggelam..

6) then, hiaskan atas acuan dengan baki serbuk milo yang tadi.. acuan ni dapat buat sebanyak 2 bekas.. cukup untuk dimakan dengan kawan kawan..

disebabkan di sini tak ada peti sejuk, so terpaksa beli ais untuk sejukkan puding oreo ni.. 







dah siap.. seriosly, mula mula nak gigit aq ingat biskut ni mesti keras.. rupanya lembut saja bila gigit sebab dah diserap.. memang sedap, pandai kawan aq buat.. so lepas ni boleh try di rumah..
ok selamat mencuba...

2 comments:

Mila@Rimbun said...

wahhh nampak sedap and simple jer lah. nak trylah. TQ yer

Akak Adek said...

As salam...


Simple je la bhn2x... kena buat ni weekend ni...

InsyaAllah... tq sharing ^___^