Monday, April 28, 2014

Current Mood ^_^

Assalamualaikum

sekarang dah minggu ke 12, lagi dua minggu nak habis pembelajaran.. sekarang ni memang classmates semua fokus pada tesis yang nak kena submit week 14.. sampaikan di mana mana selalu fikirkan pasal thesis dulu..

bila fikir balik memang berbeza sangat life kami sem lepas dan sem sekarang.. kalu dulu time weekend mesti masa habiskan dalam bilik, tidur, tengok movie atau keluar jalan.. tapi sekarang pula bila weekend mesti jarang nampak dekat bilik sebab banyak pergi library dan reading..

kadang kadang nak tergelak pon ada.. malam malam pula mesti macam burung hantu semua sebab midnight dihabiskan dengan menaip menaip dan menaip.. di mana mana memang fikirkan tesis saja.. boleh katakan dihantui oleh tesis..


our current situation

dalam tengah serabut serabut ni, bukalah whats app famili group, tiba tiba nampak kakak aq post gambar anak kucing kami yang dah besar dah sekarang.. ya Allah time tu rasa macam homesick dan catsick sangat.. rasa macam nak terus balik saja rumah..


sebulan lepas

sekarang dah comel dan aktif macam di bawah:


latest me

geram sangat nak nak matanya yang biru tu.. nama kucing ni Tuah, time ni tengah main main menyorok dengan ibunya Cempa, last last dalam pasu bunga juga disoroknya..


anak beranak

Tuah ni memang manja dan cukup menyusu dan kasih sayang sebab anak tunggal kan, memang diberi perhatian sepenuhnya oleh kami dan ibunya.. lepas tengok kucing, terus hilang rasa lemah, penat, malas bagai..

ok.. lepas ni ada kelas Keusahawanan Islam pukul 2 pm dan esoknya ada test..

No comments: